PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/4668432e-b03f-4221-9586-bedf52cfc872/05jul21_news2_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4668432e-b03f-4221-9586-bedf52cfc872-oYEFoHF /web/wcm/connect/pioneer/4668432e-b03f-4221-9586-bedf52cfc872/05jul21_news2_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-4668432e-b03f-4221-9586-bedf52cfc872-oYEFoHF /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2021-Q3/malay/05jul21_news2-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/community/2021-Q3/malay/05jul21_news2-ms
05jul21_news2-ms
05 Jul 2021 | COMMUNITY
English 华文

PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN MEJ (NS) FUNG & ELXR

English 华文

Walaupun hanya mempunyai satu kaki, ia tidak menjadi halangan bagi bekas anggota pasukan perkhidmatan negara komando James Leo, untuk menyertai cabaran kecergasan komuniti demi menyokong Hari SAF.

Encik Leo (kanan) terpaksa menjalani amputasi kaki kanannya setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang serius pada 2004.

Beliau kehilangan kaki kanannya dalam kemalangan motosikal yang serius pada 2004, dan sejak itu Encik James Leo terpaksa memakai kaki prostetik untuk bergerak.

Walaupun kurang upaya, jurutera berusia 43 tahun itu melengkapkan cabaran kecergasan yang lasak untuk memberi sokongan pada Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Jul. Kesemuanya 100 angkat membongkok, 200 tekan tubi, 300 cangkung, dan 3.2 km mendayung dalam kurang dari dua jam!

"Saya jarang bersenam tetapi ini adalah Hari SAF dan saya mahu turun bersenam, semata-mata untuk memberi sokongan saya," kata Encik Leo, seorang Komando semasa tempoh Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NS)nya.

Beliau adalah di kalangan lebih daripada 100 anggota NS dan orang awam yang mengambil bahagian dalam cabaran kecergasan komuniti Red-X edisi Hari SAF yang sedang berlangsung.

Tidak goyah: Encik Leo (latar depan) terus berusaha untuk melengkapkan latihan yang menjerihkan.

Dalam cabaran kecergasan yang diadakan dari 1 hingga 14 Jul ini, para peserta perlu melengkapkan latihan bergelar Murph, yang diilhamkan oleh tentera– ia merangkumi larian 1.6km, 100 angkat membongkok, 200 tekan tubi, 300 cangkung, dan larian 1.6km yang lain dalam masa kurang dari dua jam.

Para peserta digalakkan untuk mengenakan pakaian bermotif ketenteraan atau ves pemberat untuk memaparkan sokongan mereka terhadap NS. Mereka juga boleh memilih untuk bersenam di mesin pendayung daripada berjalan.

MEJ (NS) Fung adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ELXR, sebuah syarikat teknologi sukan yang mempunyai kehadiran pasaran di Singapura dan Jepun.

Membina pergerakan sosial

Cabaran kecergasan ini dianjur oleh Mejar (MEJ) (NS) Steffan Fung, 41, pengasas ELXR, sebuah syarikat teknologi sukan yang mengendalikan platform sosial kecergasan.

Seorang bekas pegawai komando biasa, dia ingin membina pergerakan sosial untuk menyokong NS, di samping menggalakkan warga Singapura untuk menerapkan sifat kecergasan dalam gaya hidup mereka.

"Sekiranya semua anggota NS mengamalkan kecergasan sebagai suatu gaya hidup, kekal cergas sepanjang tahun, mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya pada latihan senjata dan taktikal semasa latihan dalam kem tahunan," kata MEJ (NS) Fung.

Leftenan Fung pada masa itu, bersama-sama rakan anggota kerahan perkhidmatan negaranya dari Batalion Komando Pertama semasa menjalani latihan di Singapura pada 2006.

Menyokong industri kecergasan

Selain memberi sokongan kepada NS, MEJ (NS) Fung juga ingin membantu perniagaan gimnasium butik tempatan dalam masa pandemik COVID-19 yang mencabar ini. Melalui cabaran kecergasan ini, para pelanggan dapat mencuba kemudahan gimnasium, dan mungkin pertimbangkan untuk menyertai gim pada masa depan, ujarnya.

"Pertahanan Total bukan sahaja tentang tentera dan SAF; ia juga mempunyai kaitan dengan pertahanan ekonomi dan menyatupadukan masyarakat," kata MEJ (NS) Fung, yang bertugas sebagai Penolong Pemerintah Batalion, Batalion 716, Rejimen Infantri Singapura.

Syarikatnya ELXR adalah sebahagian daripada Community of Practice of NS Advocates yang menyokong NS dan Anggota Perkhidmatan Negara melalui inisiatif dari aras bawah. Majikan dan Anggota Perkhidmatan Negara mereka akan mengguna app kecergasan ELXR untuk mendaftar pelbagai program kecergasan, dan peroleh mata ganjaran yang dapat ditukar untuk baucar membeli-belah.

KPT (NS) Tan ingin mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada rakan-rakannya di unit NSnya untuk menjadi betul-betul cergas.

Salah seorang Anggota Perkhidmatan Negara yang menyertai cabaran kecergasan adalah rakannya Kapten (KPT) (NS) Patricvk Tan. Kedua-dua pegawai membentuk sebahagian daripada kumpulan Anggota Perkhidmatan Negara yang berlatih bersama-sama. Mereka menggelar diri mereka sebagai "Anggota Perkhidmatan Negara Lemah", gelaran yang mengecam diri mereka bagi mengingatkan diri supaya sentiasa cergas.

Menurut KPT Tan, mereka telah menjalani latihan Murph pada Hari SAF dua tahun yang lalu, sebelum MEJ (NS) Fung mengambil keputusan untuk mengubahnya kepada acara komuniti untuk semua warga Singapura tahun ini.

"Cabaran kecergasan ini merupakan suatu latihan yang baik, dan titik permulaan yang bagus bagi mereka yang ingin kekal cergas," kata pegawai logistik berusia 44 tahun atau S4 dari Batalion C4I. C4I merujuk kepada Perintah, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan.

Selaras dengan langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19 semasa, empat hari pertama cabaran kecergasan diadakan secara terpencar, di empat rakan gim.

Para peserta juga boleh pilih untuk melengkapkan cabaran ini secara maya di mana-mana tempat yang sesuai seperti taman kecergasan dari sekarang sehingga 14 Jul.

Ingin menyertai cabaran kecergasan? Kunjungi halaman Facebook ELXRuntuk mendapatkan maklumat pendaftaran!

Sementara itu, ketahui bagaimana Encik Leo mengatasi cabaran kecergasan:

 

Tags 2021-com
Suggested Reading
基本军事训练中心餐厅的美食 Feature
基本军事训练中心餐厅的美食
COMMUNITY
KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC Feature
KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC
COMMUNITY
Cookhouse cuisine at BMTC Feature
Cookhouse cuisine at BMTC
COMMUNITY
22-Dec-21

Have you had a bite of the Strong Burger? Check out some of the special meals that Basic Military Training Centre (BMTC) has cooked up in recent years!

在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
COMMUNITY
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
COMMUNITY
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
COMMUNITY
03-Dec-21

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the ROH21.

完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
COMMUNITY
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
COMMUNITY
05-Jul-21

Having only one leg is not an obstacle for former commando national serviceman James Leo, who took part in a ground-up community fitness challenge in support of SAF Day.

NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA Feature
NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA
COMMUNITY