KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/474f9138-c5c0-4d12-b055-298b94eae473/1_BMTC+4+Mar_cropped.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-474f9138-c5c0-4d12-b055-298b94eae473-oYEDH6t /web/wcm/connect/pioneer/474f9138-c5c0-4d12-b055-298b94eae473/1_BMTC+4+Mar_cropped.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-474f9138-c5c0-4d12-b055-298b94eae473-oYEDH6t /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2021-Q4/malay/22dec21_news1-ms
22dec21_news1-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2021-Q4/malay/22dec21_news1-ms
22 Dec 2021 | COMMUNITY

KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC

Sudahkah anda menjamah Burger Padu? Cubalah beberapa juadah istimewa yang disediakan oleh Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) sejak akhir-akhir ini!

// KISAH SHERLYN QUEK

// FOTO IHSAN MINDEF

English 华文
English 华文

Meraikan kejayaan BMT

Pada Disember 2020, BMTC telah melancarkan Hidangan Burger Padunya. Hidangan makan tengah hari yang istimewa ini memberi dorongan motivasi kepada rekrut sebelum mereka meneruskan perbarisan tamat pengajian sejauh 24km yang menjerihkan.
Pada Oktober ini, Hidangan Burger Padu telah dikemas kini kepada versi Instagram yang lebih mesra dengan cop daging ayam yang diapit di tengah-tengah roti arang. Dan bukan sahaja ia dihidangkan kepada rekrut yang memulakan perbarisan tamat pengajian mereka, ia juga akan dihidangkan menjelang penghujung Minggu Penyesuaian apabila mereka menghampiri waktu 'bookout' pertama mereka.

Juadah khas untuk majlis istimewa

Semasa musim perayaan akhir tahun 2020, para rekrut menikmati hidangan tengah hari aneka warna ham bersalut telur dan cendawan, pai, hotdog dan sayur-sayuran, serta sup dan manisan.
Tahun Baharu ini, rumah masak BMTC tampil dengan menu makan tengah hari istimewa yang merangkumi nasi berlauk telur, kiub ayam dengan Sos Istimewa Chef, ikan goreng dan sayur tumis dengan hirisan cendawan shiitake. Hidangan itu dilengkapkan dengan Sup Bihun Lanjut Usia, kek cawan ubi keledek dan oren mandarin untuk memeriahkan suasana perayaan.
Selaras dengan tema juadah mereka, BMTC menghidangkan Stew Kuat (tepat tekaan anda) untuk memperingati Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 1 Jul. Anggota tentera diberi baguette Perancis bersama hidangan stew yang lazat, dengan manisan buah-buahan untuk melengkapkan hidangan.
Menjelang tiba Hari Kebangsaan tahun ini, BMTC meraikannya dengan menjamu askar dengan hidangan baharu: Bun Teguh & Hidangan Pai, yang merupakan sosej ayam yang dihidangkan dengan roti hotdog dan shepherd pai ayam. Ia dihidangkan dengan sup bisque makanan laut, jus buah-buahan campuran dan buah-buahan yang ada pada hari tersebut.
Bak kata pepatah: Kesihatan anda dipengaruhi oleh pemakanan anda. Justeru, tidak hairanlah, hidangan kuat yang disediakan membentuk anggota tentera SAF, yang sihat dan tegap!
Tags 2021-com
Suggested Reading
基本军事训练中心餐厅的美食 Feature
基本军事训练中心餐厅的美食
COMMUNITY
Cookhouse cuisine at BMTC Feature
Cookhouse cuisine at BMTC
COMMUNITY
22-Dec-21

Have you had a bite of the Strong Burger? Check out some of the special meals that Basic Military Training Centre (BMTC) has cooked up in recent years!

在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
COMMUNITY
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
COMMUNITY
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
COMMUNITY
03-Dec-21

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the ROH21.

PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF
PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF
COMMUNITY
完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
COMMUNITY
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
COMMUNITY
05-Jul-21

Having only one leg is not an obstacle for former commando national serviceman James Leo, who took part in a ground-up community fitness challenge in support of SAF Day.

NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA Feature
NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA
COMMUNITY