NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/5306632d-effb-4c61-b4de-f23631d3c211/02jul21_news2-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5306632d-effb-4c61-b4de-f23631d3c211-oYEF5sx /web/wcm/connect/pioneer/5306632d-effb-4c61-b4de-f23631d3c211/02jul21_news2-photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-5306632d-effb-4c61-b4de-f23631d3c211-oYEF5sx /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2021-Q3/malay/02jul21_news2-ms
02jul21_news2-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/community/2021-Q3/malay/02jul21_news2-ms
02 Jul 2021 | COMMUNITY

NDP 2021 MEMBUKA JALAN UNTUK NORMA BAHARU DI S'PURA

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan diadakan di The Float @ Marina Bay, dengan pelbagai aktiviti disediakan di seluruh Singapura.

// KISAH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH PIONEER PHOTOGRAPHERS DAN IHSAN NDPEEPS

English 华文
English 华文
BG Tan berharap NDP tahun ini akan menjadi acara yang dialu-alukan yang mengorak langkah bagi Singapura untuk menyambung semula acara-acara berskala besar.

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan kembali ke The Float @ Marina Bay sebagai acara berskala kecil, untuk memperingati tahun kemerdekaan Singapura yang ke-56. Warga Singapura boleh menyaksikan elemen perbarisan tradisional seperti Pesta Warna dan kontingen-kontigen lain yang biasa seperti pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Dalam Negeri. Di samping itu, entiti awam dan kumpulan beruniform lain akan menyertai perbarisan secara maya dalam intergrasi maya langsung yang pertama untuk NDP.

Langkah-langkah keselamatan akan tersedia untuk membolehkan NDP langsung dijalankan di Float @ Marina Bay (di atas). [Foto fail]

Mereka yang menonton NDP dari rumah boleh menyaksikan rancangan televisyen eksklusif dengan kesan khas dan gabungan persembahan langsung dan filem pendek animasi terbitan artis animasi tempatan.

Tema NDP pada tahun ini, iaitu Bersama, Semangat Singapura Kita, menyeru warga Singapura untuk memanfaatkan sikap “pasti-boleh”, perpaduan dan ketahanan untuk menangani rintangan pada masa yang mencabar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, Brigadier Jeneral (BG) Tan Cheng Kwee, berkata: "Dengan adanya langkah berjaga-jaga yang tepat, kami berhasrat menjadikan NDP ini, acara yang dialu-alukan yang boleh mengorak langkah ke hadapan bagi Singapura untuk meneruskan semula acara berskala besar dalam situasi COVID-19 endemik ... dan bergerak ke hadapan dengan penuh keyakinan – untuk membina Singapura yang lebih maju."

Hanya akan ada 1,200 peserta di The Float @ Marina Bay – pengurangan 70 peratus berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Selain diberi vaksin sepenuhnya, para peserta juga dikehendaki menjalani ujian rutin berdaftar setiap minggu. Para peserta juga dibahagikan kepada kumpulan berfungsi yang lebih kecil, dan menjalani raptai di lokasi berasingan untuk mengelakkan kesesakan.

Menghargai wira harian

Memandangkan keadaan COVID-19 yang semakin menular, tidak disediakan undian awam untuk tiket NDP. Sebaliknya, pekerja barisan hadapan dan pekerja penting akan dijemput untuk hadir, contohnya termasuk pembersih, penjaja, guru, dan pekerja pengangkutan serta sukarelawan komuniti yang telah tampil ke hadapan untuk membantu warga Singapura semasa pandemik.

"Mereka merupakan warga Singapura, iaitu wira yang tidak disanjung yang telah membolehkan warga Singapura untuk meneruskan kehidupan harian kita," jelas BG Tan, sambil mengatakan pencalonan dan undangan akan dikendalikan pada pertengahan Julai.

Semua para jemputan perlu sudah divaksinasikan sepenuhnya, dan akan menjalani ujian pra-acara.

Menurut BG Tan, jumlah bilangan penonton yang akan dibenarkan di NDP di The Float @ Marina Bay akan dimaklumkan kemudian, kerana jawatankuasa penganjur NDP sedang menunggu garis panduan negara tentang fasa pembukaan semula yang seterusnya.

Mengimbas kembali tahun yang lalu, acara berskala besar telah dikekang daripada ratusan hadirin kepada maksimum 1,000 hadirin, BG Tan berkata: "Kami tetap berharap bagi NDP dan (acara lain) berskala besar pada masa depan, kami boleh melepasi had ini ... kerana NDP diadakan tepat pada waktunya untuk menjadikan acara berskala besar yang pertama, melangkah ke arah norma baharu dalam situasi COVID-19 endemik."

Perayaan di lokasi kawasan

Pada hari minggu menjelang Hari Kebangsaan, warga Singapura boleh menyertai beberapa aktiviti komuniti yang disediakan di seluruh pulau.

Pada 7 dan 8 Ogos, warga Singapura boleh menyaksikan Singa Merah melonjak ke pelbagai lokasi kawasan. [Foto fail]
Pada 9 Ogos, Bendera Negara akan dikibarkan di seluruh Singapura, manakala pesawat pejuang dari Tentera Udara Republik Singapura akan terbang ke langit dalam formasi. [Foto fail]
Bunga api akan dilancarkan dari pelbagai lokasi kawasan pada Hari Kebangsaan tahun ini. [Foto fail]

Warga Singapura diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah penjarakan selamat pada setiap masa.

Lagu untuk menyatupadukan semua

Lagu tema NDP 2021 dipersembahkan oleh penyanyi Linying (mengikut arah jam dari kiri), Shabir Tabare Alam, Sezairi Sezali dan Shye-Anne Brown.

Lagu tema NDP tahun ini The Road Ahead ditulis dan digubah oleh Linying dan Evan Low. Melalui lagunya, Linying ingin menggalakkan warga Singapura untuk saling bergantung antara satu sama lain dalam masa yang tidak menentu ini di mana jalan hadapannya masih tidak pasti.

Video muzik lagu ini adalah video muzik NDP pertama paduan aksi langsung dan animasi. Tonton di sini:

Sertailah kempen

Warga Singapura digalakkan untuk menyertai kempen NDP 2021 dengan muat naik video dan gambar, salam ikhlas, refleksi atau kisah-kisah pada akaun media sosial peribadi mereka dengan mengguna hashtag #TogetherOurSGSpirit, #OurSGSpirit, #NDP2021 and #NDPeeps, serta pengetagan halaman rasmi Facebook NDP (www.facebook.com/NDPeeps) and Instagram (@NDPeeps https://www.instagram.com/ndpeeps/).

Tags 2021-com
Suggested Reading
基本军事训练中心餐厅的美食 Feature
基本军事训练中心餐厅的美食
COMMUNITY
KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC Feature
KUISIN RUMAH MASAK DI BMTC
COMMUNITY
Cookhouse cuisine at BMTC Feature
Cookhouse cuisine at BMTC
COMMUNITY
22-Dec-21

Have you had a bite of the Strong Burger? Check out some of the special meals that Basic Military Training Centre (BMTC) has cooked up in recent years!

在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
在2021年新加坡共和国空军部队(RSAF)开放日里可以尝试的5件事
COMMUNITY
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
5 PERKARA YANG PERLU DICUBA DI RUMAH TERBUKA RSAF 2021
COMMUNITY
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
5 Things to Try at the RSAF Open House 2021
COMMUNITY
03-Dec-21

There's a whole host of activities and games for everyone in the family at the ROH21.

PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF
PESERTA AMPUTASI DI KALANGAN 100 PESERTA YANG LENGKAPKAN CABARAN KECERGASAN HARI SAF
COMMUNITY
完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
完成军人节体能挑战赛的 100 多名参与者中的截肢者
COMMUNITY
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
Amputee among over 100 participants who complete SAF Day fitness challenge
COMMUNITY
05-Jul-21

Having only one leg is not an obstacle for former commando national serviceman James Leo, who took part in a ground-up community fitness challenge in support of SAF Day.