DARIPADA ASKAR PEMALU KEPADA PEMIMPIN YANG YAKIN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/d19bcdef-60f9-455e-b21b-a73e4976715c/10dec21_news1_photo1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d19bcdef-60f9-455e-b21b-a73e4976715c-oZc4WXf /web/wcm/connect/pioneer/d19bcdef-60f9-455e-b21b-a73e4976715c/10dec21_news1_photo1a.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-d19bcdef-60f9-455e-b21b-a73e4976715c-oZc4WXf /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2021-Q4/malay/10dec21_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/people/2021-Q4/malay/10dec21_news1-ms
10dec21_news1-ms
10 Dec 2021 | PEOPLE
English 华文

DARIPADA ASKAR PEMALU KEPADA PEMIMPIN YANG YAKIN

// KISAH GABRIEL LEE

// FOTO LIONEL LEE & IHSAN OCS

English 华文
2LT A'qil adalah di kalangan 395 kadet yang ditauliahkan sebagai Pegawai dari 8 hingga 10 Dis.

Sebelum ini, dia seorang yang pemalu, tetapi peranan kepimpinan yang disandang semasa di Sekolah Kadet Pegawai (OCS) telah membantu mengeluarkannya dari zon selesa dan menjadi lebih yakin.

Sebelum menyertai OCS, Leftenan 2 (2LT) Muhammad A'qil bin Mohd Khalid adalah orang yang suka menyendiri. Seorang introvert, dia mendapati sukar untuk memikul tanggungjawab kerana dia tidak yakin untuk bersuara di hadapan anak-anak buahnya.

Semuanya berubah apabila dia dipilih untuk OCS selepas menamatkan Latihan Asas Tenteranya (BMT).

Mengubah set mindanya

Semasa dia menyertai menyertai Perkhidmatan Negara (NS) buat kali pertamanya, remaja berusia 19 tahun itu tidak mengerti tentang kepentingan pertahanan tentera. Apatah lagi hasratnya untuk menjadi pegawai tentera.

Dalam pertengahan perjalanan BMTnya, 2LT A'qil bertekad untuk menjadi pegawai, setelah melihat bagaimana para komander dalam syarikatnya mengambil alih dan memimpin anggota pasukan mereka.

"Saya mula melihat diri saya mahu mengambil langkah dan untuk memupuk askar di bawah saya menjadi versi diri mereka yang terbaik. Hasrat saya untuk melayakkan diri ke sekolah komand telahpun terbentuk pada masa itu," katanya.

Keluarganya turut memberi galakan untuk menyertai memberikan OCS. Bapanya, yang berkhidmat sebagai Pegawai Pasukan Polis Singapura di NS, menasihatkannya tentang kepentingan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Berbekalkan matlamat bahara ini, 2LT A'qil mendorong dirinya dalam BMT dan akhirnya berjaya menyertai OCS.

Di OCS, 2LT A'qil belajar untuk meningkat diri sebagai pemimpin dan mengasah kemahirannya dalam latihan yang menjerihkan seperti Exercise Relentless, yang memperlihatkan Pegawai Kadet mengerjakan tugas tempur seperti operasi bandar. [Foto fail: OCS]

Belajar memimpin & menangani cabaran

Di OCS, dia diberikan tugasan dalam peranan yang memaksanya melantangkan suaranya. Pelantikan pertama Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) adalah sebagai Komander Seksyen, di mana dia ditugaskan memimpin 10 askar.

Kata 2LT A'qil: "Itulah titik perubahan apabila saya hilang rasa malu dan menjadi lebih yakin. Saya memainkan pelbagai peranan, seperti memberi arahan kepada anak buah saya dan menugaskan kerja, buat kali pertama."

Seterusnya dia dilantik sebagai Komander Sayap, di mana dia dikehendaki memimpin lebih 150 kadet. "Bukan sahaja saya perlu bekerjasama dengan rakan-rakan kadet, malahan saya juga perlu berhubung rapat dengan Komander. Pengalaman itu mencabar saya untuk belajar bekerja bersama orang yang berlainan personaliti (dan kekananan)."

Untuk menjadi Jurutera Lapangan, 2LT A'qil terpaksa berlatih mencergaskan diri dari segi fizikal dan juga mental. Sebuah kerjaya dalam Formasi Jurutera Tempur Tentera Darat, Jurutera Lapangan menyediakan sokongan mobiliti, mobiliti balas dan perjuangan hidup kepada Briged dan Bahagian.

Latihannya dalam OCS memperlihat dirinya menghabiskan masa berjam-jam di padang, menjalankan tugas kubu seperti memacak piket sehingga masuk dalam tanah. Dia juga perlu merancang lebih awal berapa bilangan orang yang diperlukan untuk setiap misi, dan memikir merangka strategi untuk mengatasi halangan di medan lapangan.

2LT A'qil (tengah) bersama-sama rakan sekursusnya di majlis pentauliahan mereka pada 10 Dis.

Sokongan padu yang diterima daripada rakan sebaya dan jurulatihnya telah membantunya mengharungi masa sukar. Rakan sekursus OCSnya, contohnya, sentiasa menjaganya semasa latihan.

Jurulatihnya juga penting dalam mensahtentukan usahanya. Contohnya, selepas suatu misi di mana dia dihadiahkan topi hutannya, jurulatihnya mengingatkannya tentang kepentingan kepimpinan.

"Jurulatih kami mengatakan sebagai pemimpin masa depan SAF, kami selalunya perlu mengorak langkah pertama. Usaha yang bersungguh-sungguh oleh seorang Pegawai boleh memberangsangkan anak-anak buahnya untuk turut berusaha dengan lebih gigih," ingat 2LT A'qil.

2LT Aqil bersenyum lebar dengan bangga sisi (dari kiri) ibu, adik perempuan dan ayahnya.

Keluarganya berasa amat bangga dengan pencapaiannya

Pada 10 Dis, 2LT A'qil ditauliahkan sebagai Pegawai di majlis pentauliahan berskala kecil terpencar di Institut Tentera SAFTI.

Tidak seperti kelompok sebelum ini, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga kadet secara bersemuka. Sebagai sebahagian daripada protokol ujian pra-acara, semua tetamu perlu divaksin sepenuhnya dan diuji negatif untuk COVID-19.

"Keluarga merupakan tonggak sokongan utama saya semasa di NS. Saya gembira melihat ahli keluarga saya menghadiri majlis pentauliahan saya secara peribadi. Mereka semua begitu bangga dengan saya," kata 2LT A'qil.

Ibu bapa 2LT A'qil mengenakan epaulet pangkat pada pakaian seragamnya dengan bangga.

Melangkah ke hadapan, dia adalah bersikap terbuka terhadap prospek untuk berdaftar dengan SAF sebagai Jurutera Tempur.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang nyata: 2LT A'qil ingin membantu anak-anak buahnya untuk menjadi versi diri mereka yang lebih baik sebagai penghabisan tugas NSnya sebagai Komander Platun.

"Saya ingin melihat perubahan yang sama dalam anak-anak buah saya, sama ada perkembangan watak, fizikal atau kepimpinan. Dengan cara ini, saya boleh mendidik anak-anak buah saya dengan pembelajaran yang diberi oleh jurulatih saya."

Tags 2021-ppl
Suggested Reading
PENYELAM ANGKATAN TENTERA LAUT MENYAMBUT CABARAN TIKTOK YANG PALING SUKAR
Cover story
PENYELAM ANGKATAN TENTERA LAUT MENYAMBUT CABARAN TIKTOK YANG PALING SUKAR
PEOPLE
20-Dec-21

Para Penyelam tentera laut amat terkenal dengan kecergasan yang paling tinggi dalam SAF. PIONEER menguji ungkapan ini, dengan mencabar sepasang rakan NDU untuk melengkapkan tujuh cabaran kecergasan Tiktok!

海军潜水员应对抖音上最艰巨的挑战
Cover story
海军潜水员应对抖音上最艰巨的挑战
PEOPLE
20-Dec-21

众所周知,海军潜水员是武装部队壮士中最强壮的一批人。《国锋报》对此进行了测试,挑战一对海军潜水单位 (NDU) 小伙伴完成七项抖音健身挑战!

Naval divers take on TikTok's toughest challenges
Cover story
Naval divers take on TikTok's toughest challenges
PEOPLE
20-Dec-21

Naval divers are known to be among the fittest of the fit in the SAF. PIONEER puts this to the test, challenging a pair of NDU buddies to complete seven Tiktok fitness challenges!

PERSONEL SAF DIIKTIRAF DALAM PERANAN BANTUAN KEBAKARAN BELUKAR, ANTI-KEGANASAN
PERSONEL SAF DIIKTIRAF DALAM PERANAN BANTUAN KEBAKARAN BELUKAR, ANTI-KEGANASAN
PEOPLE
武装部队人员因在丛林火灾救援和反恐中的表现而获得表彰
武装部队人员因在丛林火灾救援和反恐中的表现而获得表彰
PEOPLE
SAF personnel recognised for role in bushfire relief, counter-terrorism
SAF personnel recognised for role in bushfire relief, counter-terrorism
PEOPLE
14-Dec-21

About 90 Overseas Service Medals were awarded to Singapore Armed Forces (SAF) personnel for their contributions overseas.

从害羞的士兵到自信的领袖
从害羞的士兵到自信的领袖
PEOPLE
Shy Soldier to Confident Leader
Shy Soldier to Confident Leader
PEOPLE
10-Dec-21

He used to be a timid guy, but the leadership roles he took on in Officer Cadet School (OCS) helped him to step out of his comfort zone and become more confident.

PENYELAMAN DALAM DENGAN JURUSELAM
Cover story
PENYELAMAN DALAM DENGAN JURUSELAM
PEOPLE
08-Dec-21

Mengapakah penyelam tentera laut menjeritkan bunyi "Hooyah"? Mengapakah mereka dikenali sebagai "frogmen (orang katak)"? Bagaimanakah mereka bertahan dalam Minggu Neraka? Kami membuat penyelaman dalam dengan 1SG Gabriel Lau dan CPL Piravindheva A/L Santhana Bose daripada Unit Penyelam Tentera Laut.