Mengukuhkan hubungan ketenteraan melalui "Exercise Tiger Balm"

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/6831791d-c2a0-4a08-bace-2d2b61a5310e/01aug17_news1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-6831791d-c2a0-4a08-bace-2d2b61a5310e-mZ1vqmQ /web/wcm/connect/pioneer/6831791d-c2a0-4a08-bace-2d2b61a5310e/01aug17_news1.JPG.jpeg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-6831791d-c2a0-4a08-bace-2d2b61a5310e-mZ1vqmQ /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Aug2017_01501-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/ops-and-training/2018-dm/malay/01Aug2017_01501-ms
01Aug2017_01501-ms
01 Aug 2017 | OPS & TRAINING
English 华文

Mengukuhkan hubungan ketenteraan melalui "Exercise Tiger Balm"

// Kisah oleh Tan Jun An 

// Gambar oleh Chai Sian Liang

English 华文

Tentera daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Amerika Syarikat (US Army) berlatih bersama-sama untuk menjalinkan hubungan kerja yang lebih mantap dan mengukuhkan saling boleh kendali dalam "Exercise Tiger Balm", yang telah dilangsungkan di Singapura, dari 17 hingga 28 Jul.

Kira-kira 500 kakitangan daripada Ibu pejabat Briged Infantri Singapura ke-10 dan Rejimen Infantri Singapuran Batalion ke-5 (5SIR), dan juga 330 kakitangan daripada Pasukan Gempur Briged Stryker Pertama, Bahagian Infantri ke-25 daripada US Army Pacific dan Pasukan Gempur Briged Infantri ke-29 daripada Pengawal Kebangsaan Tentera Hawaii telah mengambil bahagian dalam latihan tahunan, yang telah dilaksanakan sejak tahun 1981.

Bercakap pada majlis penutupan di Kem Mandai Hill pada 28 Jul, Brigadier Jeneral (BG) Goh Si Hou, Komander Bahagian Singapura ke-6, gembira melihat anggota tentera mempamerkan tahap profesionalisme dan komitmen yang tinggi di sepanjang latihan.

BG Goh menambah: "Latihan tersebut telah menjadi platform yang hebat bagi pertukaran profesional apabila dua tentera saling beroperasi pada peringkat gabungan pasukan petugas, briged dan batalion. Saya percaya semua komander dan tentera kami telah meraih banyak manfaat daripada pengalaman ini dan dari perspektif SAF, latihan tersebut juga telah menjadi peluang yang sangat berharga untuk menanda aras dan belajar daripada US Army kelas pertama."

Ajutan-Jeneral Pengawal Kebangsaan Hawaii BG Arthur Logan bersetuju dengan pendapat BG Goh mengenai manfaat latihan dan mengulas lanjut: "Pengetahuan dan pengalaman yang dikutip, melalui hasil kerja keras, keringat dan tekad, terpakai kepada potensi kejadian dunia sebenar pada masa akan datang, akan menggambarkan perkaitan binaan latihan "Tiger Balm"."

Realisme yang dipertingkatkan

Exercise Tiger Balm tahun ini - yang terbesar dalam siri setakat ini - telah dirancang dengan fokus utama menyuntik lebih realisme ke dalam latihan. Perkara ini dicapai melalui perlakuan latihan menembak secara langsung dan latihan di lapangan oleh platun, apabila anggota tentera daripada kedua-dua pasukan tentera menjalankan misi yang dirancang oleh pegawai pemerintah briged.

Apabila ditanya apa yang beliau dapat daripada latihan tersebut, Kapten (CPT) Shahreel Rajaratnam, Pegawai Pemerintah Kompeni Alpha, SIR 5 menyatakan: "Latihan tersebut berfungsi sebagai platform bagi kedua-dua pasukan tentera berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam operasi tentera."

Memberikan satu contoh, CPT Shahreel mengimbas kembali bagaimana seorang tentera daripada US Army berkongsi dengan beliau taktik yang akan mereka gunakan apabila mereka bergerak melalui kawasan yang mereka biasa lalui di AS, manakala CPT Shahreel berkongsi dengan beliau pengalaman beliau dalam menjalankan operasi dalam persekitaran yang berpopulasi padat, seperti di Singapura.

"Secara keseluruhan, bekerjasama dengan US Army adalah pembuka mata bagi anggota pasukan dan saya, apabila kami belajar untuk melihat dan melakukan sesuatu dari perspektif mereka. Di samping itu, kami telah belajar beberapa taktik yang digunakan oleh US Army yang berbeza daripada kami dan ia boleh membantu kami menambah baik kemahiran kami."

Bersependapat dengan pandangan CPT Shahreel, Kapt. Nicholas Runyon Komander Kompeni dengan Rejimen Infantri ke-21 Batalion ke-3 menambah bahawa latihan tersebut adalah lebih daripada sekadar pertukaran idea dan taktik ketenteraan.

Beliau menyatakan: "Melalui semua latihan, mengikut pendapat saya, kedua-dua kompeni pastinya telah belajar antara satu sama lain, bukan sahaja dari sudut pandangan ketenteraan, malah menyentuh dari segi budaya. Kami lebih arif tentang kaedah berbeza yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak, yang membolehkan saling boleh kendali yang lebih mantap."

Apabila ditanya tentang pengalaman beliau dalam latihan, Kap. Runyon menyatakan: "Kami telah menikmati masa kami bekerja dengan SAF, kerana mereka tentera profesional dan kami pastinya berharap untuk bekerjasama dengan mereka sekali lagi."

Mengatasi cabaran

Walaupun latihan telah berjalan lancar bagi kedua-dua tentera, namun ia tidak lari daripada cabaran. Sarjan Staf (SSG) Jacob Lee Hong Kang, Sarjan Platun dalam SIR 5, berkata: "Kami menghadapi masalah berkomunikasi dengan US Army pada mulanya. Sebagai contoh, semasa tembak-menembak, perkataan kod yang digunakan oleh mereka berbeza daripada kami, jadi kami tidak dapat memahami arahan satu sama lain.

"Mujurlah, kami melakukan latihan simulasi sebelum melalui latihan yang sebenar, jadi kami dapat mengetahui apa yang mungkin dilakukan antara satu sama lain pada bila-bila masa semasa latihan. Ia menghapuskan sebarang bentuk salah faham yang mungkin kami hadapi."

Bagi Sarjan (Sgt.) (P) Jesse Ray, Ketua Skuad dengan Rejimen Infantri Batalion ke-3, kemuncak latihan adalah peluang untuk berlatih dengan SAF dalam membiasakan diri dengan kawasan yang agak asing.

Beliau berkata: "Kami perlu menyesuaikan diri bergerak melalui pokok dan tumbuhan yang lebih tebal daripada yang biasa kami lalui. Lagi pun, cuaca di sini lebih panas dan kami perlu memastikan bahawa semua orang mendapat bekalan air yang mencukupi bagi mencegah sebarang bencana akibat cuaca panas."

Sgt. (P) Ray berterima kasih kepada SAF kerana "menjadi tuan rumah yang baik dengan mewujudkan sebuah persekitaran yang menyeronokkan dan kondusif untuk bekerja ".

Edisi ke-37 "Exercise Tiger Balm" yang dilangsungkan pada tahun ini juga menampilkan pendekatan latihan "Secara Langsung-Maya-Membina". Aspek "Secara Langsung" latihan terdiri daripada Gabungan Latihan Menembak Secara Langsung Bersenjata (CALFX) antara dua askar, manakala aspek "Maya" melibatkan penggunaan Pensimulasi Ruang Pertempuran Maya 2 (VBS2) bagi tugas pengawasan. Aspek "Membina" melihat hubungan Simulasi Konflik dan Teknikal Bersama AS (JCATS) dengan Sistem Simulasi Permainan Perang Tentera (AWSS) SAF untuk membolehka pertukaran maklumat taktikal di darat.

Tags