AGENSI LUARAN PERISIKAN MELANCARKAN LAMAN WEB, PENGAMBILAN WARGA KERJA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/dca32e06-ddd5-4c3c-8b67-b0c0171072e3/02jul21_news1-photo1b.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-dca32e06-ddd5-4c3c-8b67-b0c0171072e3-nKVLj05 /web/wcm/connect/pioneer/dca32e06-ddd5-4c3c-8b67-b0c0171072e3/02jul21_news1-photo1b.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-dca32e06-ddd5-4c3c-8b67-b0c0171072e3-nKVLj05 /web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2021-Q3/malay/19jul21_news1-ms
/web/portal/pioneer/article/regular-article-detail/milestones/2021-Q3/malay/19jul21_news1-ms
19jul21_news1-ms
19 Jul 2021 | MILESTONES
English 华文

AGENSI LUARAN PERISIKAN MELANCARKAN LAMAN WEB, PENGAMBILAN WARGA KERJA

// KISAH THRINA THAM

// FOTO IHSAN SID

English 华文

Bahagian Keselamatan & Perisikan Singapura berkongsi tentang pekerjaan dan kriterianya dalam pengambilan warga kerja.

SID melancarkan laman web rasminya untuk memberi warga Singapura suatu gambaran yang lebih menyeluruh tentang perkhidmatan, di samping menawarkan peluang untuk pengambilan warga kerja.

Menggagalkan komplot untuk menyerang Marina Bay Sands pada 2016. Penangkapan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) yang melarikan diri dari Singapura pada awal tahun 2000an. Penyelamatan tebusan orang awam semasa perampasan feri Laju oleh pengganas pada 1970.

Ramai yang tahu tentang usaha agensi kerajaan Singapura dalam menentang keganasan ini. Tetapi yang penting sekali – pengumpulan perisikan luaran – dikendalikan di sebalik tabir di bahagian yang tersangat khusus.

Bahagian Keselamatan & Perisikan (SID) merupakan agensi perisikan luaran Singapura, di bawah naungan Kementerian Pertahanan.

Ditubuhkan pada 1966, ia menawarkan perkhidmatan perisikan dan penilaian kepada agensi-agensi kerajaan untuk menyokong perbincangan tentang isu-isu strategik dan antarabangsa dan melindungi negara daripada ancaman luar.

Ia juga menganalisis perkembangan global yang boleh mempengaruhi keselamatan Singapura; di samping melibatkan agensi perisikan asing yang utama untuk saling bertukar maklumat dan wawasan untuk mengatasi ancaman transnasional.

Laman web rasminya telah dilancarkan pada waktu tengah hari ini, untuk mempamerkan keertian pekerjaannya dan menyediakan platform bagi warga Singapura untuk meneliti rangkaian kerjaya meluas yang tersedia di sana.

Tangkap skrin daripada video korporat SID yang memaparkan usahanya untuk merekrut lebih banyak orang untuk menyertai misi keselamatan negaranya.

Mengembangkan misinya dalam keselamatan

Sejak penubuhannya, SID adalah agensi yang berhati-hati dan cermat, tetapi kini membuka agensinya untuk meningkatkan usaha perekrutannya. Ini adalah kerana para profesional daripada pelbagai latar belakang semakin diperlukan untuk memenuhi spektrum misi keselamatan baru, kata Michael (bukan nama sebenarnya), seorang pengarah di agensi tersebut.

Bidang-bidang yang dimaksudkan adalah termasuk keganasan, serta ancaman memuncul seperti serangan siber dan peperangan maklumat, katanya.

Beliau sedang bercakap dalam wawancara media pertama dengan pegawai SID, yang diadakan melalui telesidang pada 16 Jul. Wawancara sebelumnya dengan pegawai SID hanya diadakan setelah mereka bersara atau meninggalkan perkhidmatan.

Nama samaran digunakan dalam artikel ini untuk melindungi pegawai kerana sifat sensitif tugasan mereka.

"(Apabila) keganasan bermula, ia merupakan suatu ancaman langsung terhadap kami. Kami hampir terlepas peluang ... (dan) juga orang daripada JI yang berlari ke negara lain," kata Michael, yang terlibat dalam membawa balik pengganas JI yang melarikan diri dari Singapura sepanjang tempoh 20 tahun kerjayanya di SID.

"Tetapi lama-kelamaan, ancaman bertambah kompleks," tambahnya.

"Seperkara tentang perisikan – lebih-lebih lagi sekarang – ialah banyak maklumat yang diterima dan bukan semuanya tepat. Dan kami pula perlu membongkar semula kesemuanya.

"Di sinilah kami memain peranan meneliti hal itu untuk kerajaan."

SID berusaha untuk mengambil warga kerja daripada latar belakang berlainan, yang membantu memperluas perspektifnya tentang isu-isu tertentu, kata Michael lagi.

"Anda perlukan orang… untuk mencabar norma tentang pemikiran semasa; untuk menjadi pembantah tentang sebarang kesilapan yang mungkin boleh berlaku."

Gencana SID

Tugasan yang gigih tetapi bermakna

Meskipun begitu, tugasannya bukanlah remeh.

Apabila agensi memberi maklumat yang ditafsirkan sebagai keputusan dasar, kami akan bekerja keras untuk memastikan penilaian yang tepat diberikan.

Ia merupakan perkara yang mesti dilakukan dan memberi makna kepada tugasan yang dijalankan, kata penganalisis politik Sophie (bukan nama sebenarnya).

Beliau masih terkenangkan suatu kejadian politik yang berlaku di mana pasukannya terpaksa segera memberitahu penggubal dasar tentang situasinya dan menilai keadaannya. Apabila kejadian itu berkembang, pasukan tersebut terpaksa membuat pelbagai perubahan dan semakan dalam penilaian mereka, yang sering memakan masa berjam-jam.

Akhirnya, laporan itu didapati tepat dan bermanfaat. "Adakalanya kami menerima maklum balas yang bagus dan ia amat menggalakkan," tambahnya.

Walaupun Sophie adalah daripada pejabat penyelidikan, beliau pernah bertugas di jabatan teknologi SID, dan belajar mengguna teknologi untuk mentafsir data.

Secara umumnya, SID memain peranan dalam bahagian Penyelidikan, Operasi, Teknologi, Kerjasama Antarabangsa, dan Korporat.

SID memberi peluang kepada warga kerjanya untuk mencuba peranan-peranan lain agar mereka boleh menjadi pegawai yang serba boleh, kata Sophie, yang telah berkhidmat selama lapan tahun di organisasi ini.

Dia juga fasih dalam empat bahasa, memudahkannya untuk memahami sistem dan situasi politik pelbagai negara dalam penilaiannya.

Menyertai pasukan SID

"Tiada sesiapa pun yang menyertai SID sebagai profesional intel sepenuhnya; bukan ada banyak yang boleh kami terus belajar untuk menyediakan diri semasa menjalankan tugasan," kata Sophie.

Beliau direkrut ke SID melalui sesi minum teh semasa menuntut pengajian Sejarah di universiti. Latihan kerja dan pementoran yang komprehensif telah membantunya membina kompetensi dalam peranannya, jelas beliau.

Selain menjalani latihan, calon-calon SID yang berpotensi perlu sangat berhati-hati dalam tugasan mereka di samping bersifat kreatif dalam menangani isu-isu, kata Michael.

Beliau juga menekankan kepentingan kerja berpasukan dalam menjalankan tugasan.

"Kami memandang serius terhadap keupayaan seseorang untuk bekerja dalam pasukan kerana tugasan kami jarang sekali dilakukan (seorang diri). Anda perlu bekerja dalam pasukan berbilang disiplin yang cukup bersepadu."

Menurut Michael, warga kerja dalam pertengahan kerjaya yang direkrut oleh SID adalah termasuk pegawai bank, ahli ekonomi dan peguam yang ada nilai tambahan melalui pelbagai kemahiran dan pengalaman mereka.

"Mereka yang menyertai kami mempunyai tujuan mendalam dalam pekerjaan mereka," katanya. "Apa yang mendorong kami adalah benar-benar melihat sumbangan kami termaktub dalam dasar kerajaan ... (yang) memberi kepuasan yang menakjubkan kepada pegawai kami."

Warga Singapura yang berminat membina kerjaya di SID boleh melawat www.sid.gov.sg untuk maklumat selanjutnya.

Tags