PELINDUNG LAUTAN

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/ad5b98a2-ac60-429c-9424-84f81dbcb119/BG.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ad5b98a2-ac60-429c-9424-84f81dbcb119-oYJjQ1O /web/wcm/connect/pioneer/ad5b98a2-ac60-429c-9424-84f81dbcb119/BG.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-ad5b98a2-ac60-429c-9424-84f81dbcb119-oYJjQ1O /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/may18_fs2-ms
may18_fs2-ms /web/portal/pioneer/article/feature-article-detail/ops-and-training/2018-q2/malay/may18_fs2-ms
01 May 2018 | OPS & TRAINING

PELINDUNG LAUTAN

Satu siri web baru So Drama! Entertainment menyingkap pelbagai peranan yang dimainkan oleh tentera laut dalam mempertahankan laut Singapura.

// LAPORAN THRINA THAM

// GAMBAR JURUGAMBAR VIDEO SDE & CHAI SIAN LIANG

English 华文
English 华文

Anda mungkin telah melihat kapal-kapal perang Angkatan Laut Republik singapura (RSN) tetapi adakah anda mengenali para lelaki dan wanita yang berlayar dengan kapal-kapal perang itu?

Satu siri Web baru So Drama! Entertainment (SDE) dengan enam episod menceritakan pelbagai kerjaya tentera RSN yang berbeza: daripada seorang juragan yang memberi arahan kepada krew beliau dengan tugas operasi di laut hingga ke seorang pakar perubatan ketenteraan yang merawat penyelam dan krew kapal selam di sebuah pusat perubatan di atas darat.

“Satu Pengembaraan Yang Lain Dari Lain menampilkan enam orang kakitangan dari bahagian angkatan laut yang berbeza. Melalui kisah peribadi mereka, kita mendapat pemahaman yang lebih baik tentang cara angkatan laut menyumbang kepada keamanan dan keselamatan demi negara kita," jelas penerbit siri iaitu Remington Chia.

Sebagai sebahagian daripada penggambaran filem mereka, krew video SDE terlibat dengan empat kali pelayaran di atas kapal-kapal yang berlainan. Pelayaran yang terpanjang adalah selama dua hari dua malam di atas Kapal Pendarat (LST) RSS Resolution. Akan tetapi, Encik Chia mempelajari banyak perkara tentang pasukan maritim ketika berada di pantai.

"Kita cenderung untuk mengaitkan angkatan laut dengan kapal-kapal besar yang belayar di laut, jauh  daripada penglihatan rakyat biasa Singapura . Akan tetapi tidak seperti yang kita fikirkan, angkatan laut juga adalah lebih dekat dengan kita dan lebih relevan dengan nyawa kita," kata pengeluar kandungan video SDE.

Sebagai contohnya, penyelam-penyelam tentera laut dari Kumpulan Penyelam Clearance (di dalam Episod 4) menjalankan tugas memantau keselamatan di dalam air ketika negara itu meraikan Hari Kebangsaan di Platform Terapung Teluk Marina.

Dari segi perubatan, para doktor dan medik dari Pusat Ubat Dalam Air Tentera Laut (ditampilkan di dalam Episod 5) bekerjasama secara erat dengan rakan-rakan sejawat awam mereka di Hospital Besar Singapura untuk menjaga penyelam-penyelam rekreasi juga.

Hanya terdapat beberapa kakitangan yang ditampilkan di dalam siri ini. Saksikan siri ini di saluran Youtube MINDEF (youtube.com/mindefsg) bermula 5 Mei.

PIONEER melihat sepintas lalu tiga episod pertama.

Pakar Tentera (ME3) Ryan Yu | Juragan, RSS Independence

PENASIHAT

Beliau adalah seorang ahli pasukan projek yang mereka bentuk kapal perang canggih menggantikan kapal-kapal peronda RSN. Pakar Tentera (ME) 3 Ryan Yu membantu menyelia pembinaan sepanjang tahun Kapal Misi Littoral (LMV) di lapangan ST Marine. Tidak hairanlah beliau dilantik sebagai juragan kapal RSS Independence baru pada tahun 2016.

"Akhirnya selepas cuba membawa (LMV) masuk ke dalam air dan membawanya belayar benar-benar satu pencapaian besar bagi kami," kata ME3 Yu. "Ia sangat menarik bagi anak kapal (kerana) inilah kali pertama kami perlu mengendalikan sistem itu dengan sendiri."

Saksikan Episod 1 untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan beliau sebagai pelaut yang paling lama menaiki kapal perang yang kini sudah sepenuhnya beroperasi.

CFC Muhammad Sardi | Juragan Kapal, Unit Kapal Laju dan Latihan

Yang cepat bertindak

Apabila bercakap tentang kapal, saiz memang penting tetapi bukannya selalu "lebih besar, lebih baik".

"Mengangkut kakitangan dan peralatan di laut lepas ke perairan amat cetek tidak boleh dilakukan oleh kapal besar RSN," kata Koperal Kelas Pertama (CFC) Muhammad Sardi Bin Abdul Hamid.

Sebagai juragan kapal Pengangkut Kakitangan dan Peralatan yang Berkelajuan Tinggi iaitu satu platform pendarat kecil untuk pengangkutan yang cepat , CFC Sardi bekerja dengan satu pasukan yang berdisiplin untuk memastikan bahawa kapal laju mereka bersedia beroperasi sepanjang masa.

Saksikan Episod 2 untuk melihat bagaimana unit beliau terlibat dalam operasi masa nyata pemusnahan bom perang Vietnam.

Kapten (CPT) Pang Jian Lang | Pegawai Navigasi

Serba boleh

Seorang pegawai tentera laut mengambil pelbagai kedudukan kepimpinan dalam seluruh kerjaya beliau. Bagi Kapten (CPT) Pang Jian Lang, hal ini termasuklah perkhidmatan beliau sebagai penyelam tentera laut, menjadi Pegawai Navigasi (NO) di dalam sebuah kapal peronda, dan sekarang dengan tugas yang serupa di dalam Kapal Pendarat (LST) yang lebih besar iaitu RSS Resolution.

"LST ialah kapal terbesar dalam RSN. Kami mampu menyokong pelbagai operasi geladak. Kami melakukan banyak pelayaran ke luar negeri dengan masa yang panjang dan kami mampu menyokong operasi kemanusiaan dan bantuan bencana," kata Kapten (CPT) Pang.

Di dalam Episod 3, saksikanlah pengembaraan beliau di dalam kapal LST apabila ia belayar ke negara-negara seperti Australia dan New Zealand.

Tags 2018-ops
Suggested Reading
保龄球夙愿
保龄球夙愿
PEOPLE
突击队员的真实故事
突击队员的真实故事
PEOPLE
多才多艺、活力四射、优雅 Feature
多才多艺、活力四射、优雅
PEOPLE
Real Commando story
Real Commando story
PEOPLE
03-Dec-18

Ever had an experience so impactful you made a movie about it? Local filmmaker and ciNE65 mentor Mohamad Sanif Olek is doing just that.

Multitalented, dynamite, classy Feature
Multitalented, dynamite, classy
PEOPLE
03-Dec-18

No mid-life crisis for the Music and Drama Company as it celebrates 45 years of entertaining Singaporeans and soldiers with bigger and better performances.

Bowl ambition
Bowl ambition
PEOPLE
03-Dec-18

National bowler Corporal First Class (CFC) (NS) Alex Chong doesn't give up easily.

CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING
CITA-CITA DALAM SUKAN BOLING
PEOPLE
KISAH KOMANDO SEBENAR
KISAH KOMANDO SEBENAR
PEOPLE
PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS Feature
PELBAGAI BAKAT, DINAMIK, ADA KELAS
PEOPLE
一帆风顺
一帆风顺
PEOPLE