MEMBUKA SELERA DI KANTIN KEM

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/569ca400-b434-463b-a8ff-33052219f286/06dec23_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-569ca400-b434-463b-a8ff-33052219f286-oYDKG40 /web/wcm/connect/pioneer/569ca400-b434-463b-a8ff-33052219f286/06dec23_news1_photo1.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-569ca400-b434-463b-a8ff-33052219f286-oYDKG40 /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2023-Q4/malay/06dec23_news1_ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2023-Q4/malay/06dec23_news1_ms
06dec23_news1_ms
06 Dec 2023 | COMMUNITY

MEMBUKA SELERA DI KANTIN KEM

Berasa lapar? Daripada cop ayam lada hitam dalam plat panas desir kepada maggi goreng dan nasi goreng tom yum aroy mak yang lazat, banyak lagi pilihan yang disediakan dalam bahagian dua siri kantin kem SAF kami.

//CERITA TEO JING TING / FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS

English 华文
English 华文
Dengan hidangan daripada cop ayam lada hitam dalam plat panas hingga chai tow kway, anda tentu tidak akan menjadi bosan dengan makanan yang terdapat di Kantin Tropicana.

Ceriakan hari anda

Perjalanan ke Kem Sungei Gedong memang agak mencabar– Kem Perisai yang terletak jauh seolah-olah jauh dari dunia tamadun seperti Pulau Tekong.  

Tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu ialah terdapatnya hidangan makanan tersembunyi yang lazat di kem tersebut: Kantin Tropicana.  

Pada waktu makan tengah hari, ketua chef Ling Han Keong menggril daging ayam tanpa henti-henti untuk memenuhi tempahan yang masuk berturut-turut. Hampir setiap warga SAF yang kami perasan sedang menikmati cop ayam lada hitam dalam plat panas ($6.50) – bukti hidangan paling popular di gerai itu.

Kombinasi yang hebat: Ayam empuk dengan kulit rangup, dituang atas dengan sos lada hitam.

Hidangan kegemaran ramai yang kedua popular ialah kari ayam dengan nasi ($5.50) – turut dihidangkan dalam plat panas.

Kedua-dua makanan ini dihidangkan dengan nasi dan telur digoreng mata kerbau, dan kentang goreng tambahan untuk cop ayam.

Puan Lee Siew Hong menuangkan sos lada hitam terkenal dengan banyak pada cop ayam.

Ujian rasa

Mereka yang mengenali saya tahu saya tidak suka ayam dan saya hanya makan dada ayam.

Tetapi cop ayam gerai ini memang sedap sekali. Kulit ayamnya garing manakala dagingnya empuk dan banyak airnya.  

Plat panas menyimpan air cop ayam dan membakar daging secara sekata untuk beberapa lama selepas ia dihidangkan, menjadikannya sesuai bagi mereka yang makan dengan lambat.

Saya sendiri asyik makan satu gigitan lepas satu gigitan  Saya sudah menjadi penggemarnya.

Sos lada hitam ramuan sendiri mempunyai rasa keenakan yang khusus – agak ketagih dan saya mendapati diri saya menuangkan sosnya pada setiap sudu yang berisi ayam, nasi, kentang goreng dan telurnya sekali.

Kari ayam dengan nasi merupakan makanan kedua paling popular yang dijual di gerai tersebut.

Kami juga cuba kari ayam plat panas mereka; kuih lobak goreng hitam dan putih; dan wrap kutlet ayam.

Bahagian kari ayamnya besar, dengan banyak ketulan ayam dan kentang. Karinya tidak begitu pedas dan agak manis, menjadikannya seronok dimakan.

Dengan harga $5.50, ia memang berbaloi.

Pastikan anda memesan sepinggan chai tow kway ini – kelazatannya sama dengan yang dijual di gerai-gerai popular di luar!

Bagi saya, hidangan istimewa seterusnya ialah chai tow kway (kuih lobak goreng).

Hidangan berwarna putih dibubuh chai pok (lobak manis) dan telurnya digoreng garing dengan adanya wok hei (perasa dan rasa makanan yang digoreng kilas dalam kuali). Versi yang hitam itu masam, rasa telur dan manis.

Hidangan ini boleh menandingi hidangan popular yang dijual di luar (cuba ingat gerai yang terkenal di Bedok).

Dengan harga $4 untuk perisa individu dan $5 untuk pinggan campuran, kuih lobak goreng itu selalunya laris dijual pada pukul 10.30 am.

Encik Ling membubuh cop ayam pada pinggan.

Kembali dengan penuh semangat

Secara kebetulan, kuih lobak goreng itu adalah sebahagian daripada menu kemaskini Encik Ling selepas kembali untuk menerajui Kantin Tropicana pada September lalu.

Chef berusia 38 tahun itu mula berniaga di gerai itu pada 2008. Semasa pandemik, perniagaannya merosot dengan teruk dan dia mengambil keputusan untuk melakukan jualan langsung makanan laut di Facebook. Sepanjang tempoh itu, ibunya, Lee Siew Hong, berniaga seorang diri di gerai itu.

Apabila dia kembali tahun lepas, dia merombak semula menu untuk memulihkan perniagaannya; dibawa masuk isterinya, Vernice Lim; dan menjadi tukang masak utama.

Ditanya kenapa cop ayam lada hitam plat panas begitu popular di kalangan pelanggannya, Encik Ling berkata: "Kami mengguna paha ayam tanpa tulang kerana ia lebih lembut dan empuk."

(Dari kiri) Encik Ling, Cik Lim, 33, dan Puan Lee, 67, bangga dengan hidangan makanan yang enak dengan harga berpatutan untuk warga kerja di Kem Sungei Gedong.

Isteri sentiasa betul

Satu lagi rahsia kejayaannya ialah Cik Lim, yang merupakan pemakan yang agak cerewet dan tukang rasa rasmi untuk semua hidangan yang dia masak.

"Saya suka kulit ayam saya garing sebab itulah saya luluskan cop ayamnya. Saya rasa ramai juga seperti saya yang suka kulit yang garing," kata Cik Lim sambil bergelak.

Walaupun mencubanya buat kali pertama, PTE Chew betul-betul seronok menjamah cop ayam lada hitamnya dan menilainya dengan markah 8 daripada 10.

Dia tidak salah – Prebet (PTE) Chew Zhan Eng, yang pertama kali menjamah cop ayam lada hitam, seronok makan kulit ayam yang rangup.

"Kulitnya rangup, ayamnya empuk dan sangat sesuai dengan sos lada hitam. Malah, sosnya benar-benar menaikkan rasa ayam!" kata pembantu sokongan pentadbir perisikan berusia 21 tahun dari Markas Perisai, yang menilai hidangan itu dengan markah 8 daripada 10.

Satu lagi hidangan yang popular di gerai ini ialah wafel pandan  mereka – malangnya, ia tidak dijual semasa kami berada di sana.

Dikatakan lebih padat dan lebih wangi daripada yang dijual di luar, setiap wafelnya adalah garing di luar dan lembut di dalam. Cik Lim juga berikan inti yang banyak, sebab itulah mereka boleh menjual sehingga 88 wafel sehari.

Saya juga pernah terdengar seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa merungut kepada rakannya tentang betapa larisnya wafel itu dan biasanya dia akan pesan sekeping wafel setiap hari – itulah bukti kelazatan wafel itu!

Kantin Tropicana

Blk 214, Kem Sungei Gedong

Waktu buka: 7 am- 3 pm (hari biasa)

Bagi 2SG Fahmy, sepinggan maggi goreng ini adalah hidangan kegemaran mingguannya di kem.

Maggi Goreng? Sedap!

Semasa Sarjan Kedua (2SG) Ahmad Fahmy Bin Shamsul Kahar mula-mula dihantar ke Kem Maju, antara perkara-perkara yang diberitahu adalah cuba maggi goreng yang dijual di kantin.

"Ia penuh rasa dan sedap, dan seolah-olah seperti masakan di rumah sendiri. Ramuannya ringkas, tetapi shiok," kata sarjan platun berusia 20 tahun dari Kompeni Pertama di Batalion Ke-9, Rejimen Infantri Singapura.

""Walaupun saya suka, tidak bagus dimakan terlalu banyak jadi saya akan makan menurut hati sekali dalam seminggu!"

Ringkas lagi lazat: Hidangan maggi goreng ini menarik warga kerja di Kem Maju untuk kembali makan setiap kali.

Dia tak salah. Pada waktu makan tengah hari, hampir semua orang memesan sepinggan maggi goreng dari Gerai Melayu Kantin Maju.

Ia sangat popular, dan kami dengar ada hari, masa menunggu untuk sepinggan mi segera goreng yang lazat itu boleh sehingga 30 minit.

Syukurlah, pinggan saya dihidangkan dalam masa 10 minit.

Pinggan kecil (kiri) maggi goreng berharga $2.40, dan pinggan yang besar pula berharga $3.70.

Ujian rasa

Berharga $2.40 untuk pinggan kecil dan $3.70 untuk pinggan yang besar, maggi goreng saya yang lazat penuh dengan campuran telur dan hirisan sosej ayam.

Mi sedikit basah (seperti yang saya suka) dan setiap helai mi diperasakan dengan sebati, disaluti telur berkrim dan kicap hitam manis.

Benar-benar shiok, ada rasa masakan di rumah – tetapi mungkin caranya sukar untuk ibu kamu meniru!

Keistimewaan nasi lemak itu terletak pada nasinya – bau santan yang harum boleh menaikkan selera.

Kami juga makan nasi lemak – satu lagi hidangan di gerai yang disukai ramai.

Bahan hidangan yang paling lazat ialah nasinya. Nasinya cukup lemak – anda boleh merasa santan yang harum, dan nasi lemaknya adalah sama sedap dengan yang dijual di luar kem.

Malah, saya boleh makan hidangan itu macam itu sahaja.

Kami tambahkan telur digoreng mata kerbau, sosej keju ayam dan kutlet ayam dengan sambal ramuan sendiri. Kesemuanya dengan harga $4.50.

Puan Norlaile boleh menyediakan sebanyak 80 pinggan maggi goreng dalam sehari.

Dimasak dengan penuh semangat

Resipi nasi lemak itu diturunkan oleh arwah ibu mertuanya yang pernah berniaga di gerai tersebut, kata Encik Saidi Bin Bernawi.

Lelaki berusia 59 tahun itu kini menjalankan perniagaan di gerai itu bersama-sama isterinya Norlaile Binte Darawi, dan mereka telah berniaga sejak 27 tahun lalu.

Puan Norlaile, 50 adalah tukang masak utama dan menyediakan nasi lemak dari mula. Dia juga menyediakan kuah untuk mi soto, satu lagi hidangan kegemaran di kalangan Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia beroperasi apabila mereka kembali untuk Latihan Dalam Kem (ICT).

Encik Saidi (kanan) dan Puan Norlaile telah berniaga di gerai Melayu itu bersama-sama selama 27 tahun.

Tetapi tiada yang boleh menandingi kepopularan maggi gorengnya. Puan Norlaile boleh menyediakan sebanyak 80 pinggan mi segera goreng dalam sehari. Pada hari ICT, jumlahnya bertambah tiga kali ganda!

"Adakalanya, ada warga kerja yang bertanya kenapa ibu mereka tidak boleh sediakan maggi goreng dengan rasa yang sama seperti saya," kata Puan Norlaile sambil bergelak.

"Saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya gemar memasak dan saya tahu masak cara saya, dengan penuh semangat."

Gerai Melayu Kantin Maju

Blk 33, Kem Maju

Waktu buka: 8.15 am - 3 pm (hari biasa)

Inilah nasi goreng tom yum yang berbaloi mendaki bukit untuknya.

Nasi goreng Tom Yum? Lazat!

Walaupun lokasinya agak menyusahkan, Hilltop Café yang sesuai benar dengan namanya itu mempunyai aliran pengunjung tetap yang sanggup mendaki ke sana untuk menjamah kuisin Thai yang lazat.

Daripada nasi goreng tom yum dan kari hijau hingga kepada Kung Pao hor fun dan patti daging lembu dengan sos lada hitam, kedai yang berdiri sendiri di Kem Nee Soon ini beroperasi seperti gerai tze char.

Kari hijau makanan laut dan nasi goreng tom yum memang dua hidangan yang sedap sekali.

Ujian rasa

Sebab utama kami berkunjung ke Hilltop Café adalah ulasan puji yang disiarkan di Google – bukan main-main! – yang menyebut nasi goreng tom yum ($4.50) itu sedap.

Sekali suap, saya pun faham apa yang digembar-gemburkan itu. Dibubuh udang, sotong dan crabstick cincang, nasi goreng itu ada rasa pedas dan masam yang setimpal serta sesuai dengan citarasa tempatan.

Setiap butir nasi disaluti sos tom yum dan saya tidak henti-henti makan selepas setiap suapan. Rasa wok hei yang tidak dapat dinafikan, meningkatkan lagi aroma nasi.  

ME2 Chua seronok menikmati nasi goreng tom yum dengan rasa pedas dan masam yang setimpal.

"Saya suka dengan keseimbangan rasanya dan makcik itu sangat murah hati dengan hidangannya," kata Pakar Tentera (ME) 2 Jash Chua, yang makan nasi gorengnya dengan telur digoreng mata kerbau ($0.60) dan kutlet ayam ($1.30).

Dram major yang berusia 36 tahun dari Pancaragam Pusat SAF juga gemar makan kutlet ayam dan akan makannya hampir setiap hari!

"Kutletnya rangup di luar dan lembut serta berair di dalam. Malahan, kulitnya berasa lebih sedap daripada ayam KFC!"

Berharga $5 sahaja, mangkuk kari hijau makanan laut yang berkrim dan mewah ini memang berbaloi dengan bayaran anda.

Bahagian yang banyak dan besar

Kami juga menjamah kari hijau makanan laut. Berharga $5, mangkuk itu penuh dengan ramuan. Udang, sotong, hirisan ayam, cendawan, taufu, hirisan ikan, kek ikan, tomato dan sayur-sayuran berdaun – semuanya ditaburkan.

Selain daripada kesegaran bahan ramuannya, kari hijau itu juga berperisa Thai serai asli, dan licin dan berkrim tanpa berasa muak.

Dimakan bersama dengan nasi goreng tom yum, dan ledakan perisa  –  berkrim, pedas dan masam – membentuk padanan hidangan yang hebat sekali.

Pasangan suami-isteri Encik Goh (kiri), 68, dan Puan Tan telah berniaga di Hilltop Café selama lebih daripada 20 tahun.

Walaupun sudah berniaga di Hilltop Café melebihi 20 tahun, pemilik gerai dan chef utama Tan Soi Lek tidak pernah berasa terganggu dengan sebarang permintaan pelanggan.

Puan Tan yang berusia 63 tahun, berniaga di gerai itu bersama-sama suaminya Goh Kim Teng, dan boleh memenuhi hampir apa jua permintaan pelanggan, asalkan dia ada bahan ramuannya.

Semasa kami berada di kantin, kami terdengar seorang warga kerja bertanya sama ada patti daging masih ada. Dia memesan hidangan barat gril patti daging dengan nasi goreng dan telur dengan sos lada hitam ($8).

Kami pula ingin tahu, masuk ke dapur dan melihat patti daging 200g yang besar dan berair dipanggang atas gril. Hangus sedikit di bahagian tepinya, daging digril dengan sempurna.

Kemudian, Puan Tan akan panaskan sos lada hitam ramuan sendiri, dan kacau beberapa kali dalam kuali sebelum menuangkan kuah atas daging.

Patti daging digril dimakan dengan nasi goreng dan telur bersos lada hitam membuatkan kami terfikir alangkah bagusnya jika masih adaruang dalam perut.

Hidangan lain daripada menu yang istimewa

Dia juga menyediakan hidangan yang tidak terdapat dalam menu, seperti laksa kering kesukaan ramai. Malangnya, ia tidak dihidangkan pada hari itu.

Walaupun gerai itu terletak di premis Pancaragam SAF, pelanggannya terdiri daripada warga kerja dari seluruh Kem Nee Soon – sama ada dari lapangan tembak atau bahagian jurutera – membuktikan kehebatan masakan dan kemahiran memasak Puan Tan.

"Para jurutera suka makan Kung Pao hor fun saya – ia adalah salah satu keistimewaan saya, dibuat dengan cili kering, daun kari dan bawang," kata Puan Tan sambil tersenyum bangga.

Walaupun terletak di atas bukit, Hilltop Café mempunyai ramai pelanggan yang sudi bergerak jauh untuk menikmati makanan Puan Tan.

Satu keluarga besar

Dia kenal citarasa setiap pelanggan dan juga mengamalkan sikap omakase (serah kepada chef) untuk beberapa veteran seperti pengarah kanan muzik Pancaragam SAF ME6 Philip Tng.

"Dia akan datang dan bertanya kepada saya, 'Makcik, saya nak makan apa hari ini?' dan saya akan suruh dia duduk dan masak sesuatu yang dia suka," kata Puan Tan sambil ketawa.

"Saya suka bekerja di sini kerana warga kerjanya seumpama keluarga saya. Saya juga tak nak pergi bercuti sebab bila gerai saya tutup, mereka nak makan apa?"

Hilltop Café

Bangunan Pancaragam SAF, Kem Nee Soon

Waktu buka: 6am – 5pm (hari biasa)

Tags 2023-com
Suggested Reading
在军营餐厅大快朵颐
Cover story
在军营餐厅大快朵颐
COMMUNITY
06-Dec-23

感觉饿了吗?从铁板黑胡椒鸡排,到超级好吃的炒面和冬荫炒饭,我们新加坡武装部队军营餐厅系列的第二部分不乏选择。

Chow down at camp canteens
Cover story
Chow down at camp canteens
COMMUNITY
06-Dec-23

Feeling hungry? From sizzling hotplate black pepper chicken chop to sinfully shiok maggi goreng and aroy mak tom yum fried rice, there are no lack of choices in part two of our SAF camp canteen series.

From privilege to purpose Feature
From privilege to purpose
COMMUNITY
05-Dec-23

SAFVC Volunteer (SV) 1 Nadim Van Der Ros shares why he was inspired to give back to the community and help build the lives of those in need, within and around Singapore.

RSAF delivers humanitarian aid for Gaza Feature
RSAF delivers humanitarian aid for Gaza
COMMUNITY
30-Nov-23

Singapore has deployed an RSAF aircraft to deliver humanitarian aid in support of relief efforts in Gaza.

Naval divers' trivia face-off
Cover story
Naval divers' trivia face-off
COMMUNITY
15-Nov-23

It's a battle of brains vs brawn between these naval divers.

PELETUS BOM SMO
Cover story
PELETUS BOM SMO
COMMUNITY
30-Oct-23

Bersemuka dengan robot dan sut bom: Dua budak lelaki bertuah dapat meluangkan masa sehari bersama-sama peletus bom SAF sebagai sebahagian daripada Hari Kanak-Kanak khas anjuran PIONEER.

小排爆员
Cover story
小排爆员
COMMUNITY
30-Oct-23

动手操纵机器人和参观防爆服:作为国锋儿童节特别活动的一部分,两名幸运的男孩得到了与新加坡武装部队的排爆员共度一天的机会。

Smol bomb busters
Cover story
Smol bomb busters
COMMUNITY
30-Oct-23

Getting hands-on with robots and bomb suits: Two lucky boys got to spend a day with the SAF's bomb busters as part of PIONEER's Children's Day special.

NAVY@VIVO KINI KEMBALI, LEBIH MERIAH & LEBIH HEBAT!
NAVY@VIVO KINI KEMBALI, LEBIH MERIAH & LEBIH HEBAT!
COMMUNITY