TITIK MERAH BERKUASA

Actions
https://www.mindef.gov.sg/web/wcm/connect/pioneer/df744bfe-26ce-4367-83f4-515901fadd30/CS.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-df744bfe-26ce-4367-83f4-515901fadd30-oYJLpAb /web/wcm/connect/pioneer/df744bfe-26ce-4367-83f4-515901fadd30/CS.jpg?MOD=AJPERES&CACHEID=ROOTWORKSPACE.Z18_1QK41482LG0G10Q8NM8IUA1051-df744bfe-26ce-4367-83f4-515901fadd30-oYJLpAb /web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2018-q1/malay/feb18_cs-ms
/web/portal/pioneer/article/cover-article-detail/community/2018-q1/malay/feb18_cs-ms
feb18_cs-ms
01 Feb 2018 | COMMUNITY

TITIK MERAH BERKUASA

Hari ini, ancaman keselamatan datang dalam segala bentuk dan sering menyasarkan hati dan minda rakyat jelata. Pertahanan Keseluruhan (TD) hanya boleh dicapai apabila semua orang memainkan peranan masing-masing. PIONEER meninjau pada cara enam warga Singapura membantu mengukuhkan identiti pelbagai budaya kita, perjalanan kita ke arah menjadi sebuah negara yang mahir tentang siber dan daya tahan kita.

// LAPORAN THRINA THAM

// GAMBAR KENNETH LIN & IHSAN ORANG YANG DITEMU RAMAH

English 华文
English 华文

Kekuatan dalam kepelbagaian

Menikmati Keselesaan Dalam Keharmonian

r Zakir Hussain, 48, tidak malu untuk mengakui sebab awal dia berhijrah ke Singapura pada tahun 2006. Beliau yang bertugas sebagai pakar bedah pada waktu itu mengidamkan gaji yang lebih tinggi apabila beliau bersama isteri, Dr Sabita dan anak gadis beliau Nilopher Bann, yang berumur enam tahun pada ketika itu. 

Penghijrahan bukanlah perkara asing kepada bekas warga India itu, yang telah menetap dan bekerja di Arab Saudi dan Maldives sebelum itu. 

Beliau tidak menyangka yang beliau dan isteri akan berhijrah dan menetap di Singapura - meluangkan lebih daripada tujuh tahun sepanjang 10 tahun yang lalu dalam kerja komuniti malah mendaftar dalam Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC).

Negara baharu 

Apabila pasangan itu menyertai SAFVC pada tahun 2015, mereka perlu meninggalkan anak perempuan mereka bersendirian di rumah kerana mereka tinggal di kem untuk Latihan Asas. 

Mujurlah, mereka menemui seorang rakan yang berbesar hati menumpangkan Nilopher untuk makan malam sepanjang dua minggu itu. "Kami sangat terkejut dengan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Singapura," ujar Dr Zakir, seorang pensyarah di Fakulti Perubatan Yong Loo Lin, Universiti Kebangsaan Singapura. 

"Rakyat adalah mesra dan berbeza dalam agama, budaya dan bahasa serta tidak pernah berselisih faham tentangnya." 

Pasangan itu mengimbas kembali satu insiden yang berlaku semasa beberapa bulan pertama mereka di Singapura apabila mereka terkunci dari luar apartmen mereka. Melalui tingkap, mereka boleh melihat kunci mereka di atas meja makan – jauh daripada jangkauan. 

"Jiran kami melihat kami mengalami masalah; kami marah kepada satu sama lain tentang siapa yang meninggalkan kunci di sana," ujar Dr Sabita, 40, seorang pensyarah di Politeknik Ngee Ann, sambil ketawa lucu. 

Dengan melekatkan cangkuk kayu pada batang buluh, rakan berbangsa Cina mereka itu berjaya menghasilkan gajet yang cukup panjang untuk mendapatkan kunci itu. 

Ia bukan sahaja menyelamatkan keluargaHussain daripada kesulitan memanggil tukang kunci, tindakan kebaikan yang juga membuat mereka berasa selesa.

Semangat kekitaan 

Dr Zakir bertemu Pengerusi Kelab Komuniti West Coast Community Club (CC) secara kebetulan – kedua-dua mereka bersapa semasa berjoging – dan mula mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti CC. 

Tidak lama kemudian, beliau menjadi pemimpin akar umbi dan mula menjalinkan persahabatan yang erat dengan orang lain dalam komuniti. 

Tidak lama lagi keluarga Hussain akan menyambut perayaan di rumah rakan-rakan: daripada terkial-kial dengan penyepit semasa lo hei (melambung salad ikan mentah melambangkan kemakmuran) Tahun Baru Cina hingga kepada menyaksikan penyembelihan biri-biri semasa Hari Raya korban (upacara pengorbanan). 

Semasa Deepavali pada tahun 2008, keluarga itu mengunjungi lima buah rumah dalam satu hari. Dr Zakir menyatakan: "Dari waktu pagi hingga malam, kami keluar mengunjungi sahabat handai! Di antara setiap kunjungan tersebut, kami balik sebentar ke rumah untuk mencuci muka kami dan segera keluar lagi selepas itu."

Memberi sumbangan 

Tidak lama selepas itu, pasangan ini mula memperuntukkan masa mereka untuk kerja-kerja komuniti, walaupun ia bermakna kebanyakan masa hujung minggu mereka diluangkan pada mesyuarat-mesyuarat CC dan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan perpaduan sosial di kalangan penduduk. 

Dr Zakir adalah juga Penolong Setiausaha Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Kaum India CC, di mana beliau membantu menganjurkan sekurang-kurangnya tiga acara tradisional besar kaum India setiap tahun. 

"Kami menjemput semua orang untuk hadir - itu adalah perkara penting," kata beliau dengan tegas. "Sebagai contoh, kami akan menjemput orang Cina dan Melayu untuk turut serta dan memakai pakaian tradisi orang India dan menyanyikan lagu Tamil." 

SAFVC juga memberikan peluang kepada pasangan ini berkhidmat untuk negara dan telah membenarkan mereka mendapat pemahaman yang lebih mendalam dan penghayatan tentang SAF dan Perkhidmatan Negara. 

Dr Zakir mempunyai pengalaman perubatan profesional selama 26 tahun daripada peranan beliau sebagai Jurulatih Perubatan (Doktor), di mana beliau melatih pegawai perubatan dan pasukan medik dalam menguruskan kecemasan. 

Dalam pada itu, Dr Sabita berkhidmat sebagai Anggota Pasukan Keselamatan Bantuan dan telah menyokong SAF dalam operasi keselamatan semasa acara-acara seperti Perarakan Hari SAF 2016. 

Pasangan itu menjadi warganegara pada tahun 2015 dan berbangga menjadi warganegara Singapura. 

Dr Zakir menyatakan: "Apabila kami tiba di sini, apa yang menarik perhatian saya ialah infrastruktur dan kekemasan negara; namun ada negara-negara yang lebih cantik – itu bukanlah daya penarik. 

"Ia adalah rakyatnya."

 

Suara Perubahan

Jika tidak kerana usaha Cik Ashley, semua orang mungkin akan membincangkan isu-isu kaum yang menyulitkan setiap hari. Semangat Penyokong Belia OnePeople.sg (OPSG) untuk tujuan tertentu bermula pada tahun 2016 pada "OPSG Model United Nations" (OPMUN). Dalam persidangan selama tiga hari itu, remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun membincangkan polisi-polisi tentang kaum dan agama. 

OSPG ialah sebuah badan nasional yang menggalakkan pemahaman antara kaum dan agama di Singapura. 

Mewakili bahagian-bahagian yang berbeza – kerajaan, parti pembangkang malah pelbagai organisasi yang memperjuangkan hak minoriti – remaja perlu meluluskan resolusi baik yang berfaedah untuk kepentingan semua. 

Sebagai seorang perwakilan pelajar, Cik Tan bercakap tentang integrasi nasional di dalam madrasah, iaitu sekolah-sekolah agama Islam. 

"(Sebelum itu), saya tidak pernah tahu tentang kewujudan madrasah-madrasah ini. Sebagai seorang yang berbangsa Cina, membincangkan isu-isu perkauman adalah tidak menjadi keutamaan diri saya," akui pelajar Tahun 2 Kolej Junior itu. "Saya sangat berfikiran sempit; saya tidak faham apa yang sedang berlaku di dalam negara saya sendiri … Ia mendorong saya untuk mengambil tahu dan berusaha lebih gigih." 

Sejak dari itu, Cik Tan telah menjadi sukarelawan di OPSG. Sebagai seorang Penyokong Belia (Youth Advocate), beliau menyebarkan kesedaran tentang isu-isu perkauman melalui dialog dan pendampingan.

Isu perkauman

Isu terbesar dengan kaum ialah tanggapan bahawa tiada isu perkauman di Singapura, gadis berumur 18 tahun ini memberi amaran. Sebagai contoh, beliau merujuk kepada tinjauan Channel NewsAsia 2016- Institut Kajian Dasar yang membuktikan bahawa satu per lima daripada warga Singapura rasa bahawa tidak mengambil bekerja seseorang berdasarkan kaum mereka adalah bukan diskriminasi kaum. "Saya rasa bahawa isu perkauman wujud dalam spektrum. Tiada isu perkauman yang diinstitusikan, tetapi saya rasa ia ada dalam tindakan harian kita." 

Adalah juga lebih berkemungkinan untuk anggota majoriti orang Cina untuk menganggap bahawa tiada isu perkauman, tambah beliau. 

Cik Tan mengimbas kembali lawatan sekolah baru-baru ini ke Korea Selatan di mana pemandu pelancong sekiranya ada sesiapa yang boleh memahami bahasa Cina. 

"Ia menjadi naluri hati saya untuk menyatakan 'ya'. Kemudian saya memandang ke sekeliling dan menyedari rakan saya tidak memahami bahasa Cina. Dan beliau menyatakan 'tidak!' apabila saya menyatakan 'ya!' 

"Ia membuktikan bahawa saya mempunyai tanggapan yang dibentuk terlebih dahulu dalam kehidupan harian saya. Ia membingungkan, tetapi ia juga mendorong saya untuk menjadi lebih baik." 

Akhirnya beliau menjadikan rakan bukan berbangsa Cina menjadi penterjemah kepada beliau semasa lawatan tersebut.

Memupuk perubahan

Cik Tan berharap untuk menggalakkan pemikiran positif ke arah memahami kaum yang berlainan melalui langkah kecil. 

Untuk permulaan, beliau menyebarkan kesedaran tentang isu-isu kaum kepada rakan-rakan beliau dan juga kepada komuniti di tempat beliau melakukan kerja sukarelawan. 

Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Eksekutif Belia di konstituensi (kawasan pilihan raya) Bukit Batok dan menjadi sukarelawan untuk pertubuhan kemanusiaan iaitu World Vision. 

"Saya percaya dalam perubahan yang berlaku dalam beberapa fasa… ia adalah melalui perbualan harian di mana kita benar-benar memahami satu sama lain." 

Pelajar yang melakukan aktiviti kurikulum di Model United Nations Club, juga melanjutkan semangat beliau tentang isu-isu ini kepada surat untuk Forum The Straits Times. 

Salah satunya bertajuk "Create safe spaces to discuss race, religion" (Mewujudkan ruang yang selamat untuk membincangkan isu kaum dan agama", manakala yang lain bertajuk "Multiracial leaders for a multi-ethnic society" (Pemimpin berbilang kaum untuk masyarakat berbilang etnik). Dalam pada itu, tugas beliau di OPSG membenarkan beliau "memupuk perbincangan malah hubungan lebih baik dengan orang daripada kumpulan kaum yang berlainan ". 

Pada tahun 2016, beliau memudah cara perbincangan di HarmonyWorks!, iaitu persidangan tahunan yang menghimpunkan kira-kira 1,000 belia untuk membincangkan keharmonian kaum di Singapura. 

Selain daripada dialog, OPSG juga berusaha menghimpunkan komuniti. Pada bulan November yang lalu, ia telah menganjurkan acara "Orange Ribbon Walk" tahunan untuk kali yang kelima. Acara tersebut menyaksikan lebih daripada2,500 peserta berjalan sebagai sokongan kepada kempen "Rise Against Racism" (Kebangkitan Menentang Keganasan.


Pernahkah anda?

Melihat senarai semak TD Cik Tan dan mengetahui sekiranya anda telah memainkan peranan dalam menggalakkan keharmonian kaum di Singapura:

♦ Adakah telefon anda mempunyai sekurang-kurangnya lima nombor kenalan rakan-rakan daripada kaum yang berlainan?
♦ Pernahkah anda menghadiri upacara perkahwinan atau pesta kumpulan kaum atau agama yang berlainan?
♦ Pernahkah anda beringat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris apabila orang lain di sekelliling tidak bertutur bahasa ibunda anda?
♦ Pernahkah anda mengeluarkan seseorang yang membuat kenyataan yang berbaur perkauman?
♦ Adakah anda tahan dengan seseorang yang membuat jenaka bersifat perkauman?
♦ Adakah anda memahami tabiat budaya rakan-rakan yang berlainan (cth. keperluan diet)?


Negara bijak siber

Membantu Warga Emas Menjadi Bijak Siber

Sepertimana Puan Grace Ng memberitahunya, beliau terjebak dalam kerja sukarelawan Teknologi Maklumat (IT) secara tidak sengaja dan telah terpilih menjadi pembimbing siber. 

Kini, surirumah yang berumur 62 tahun ini merupakan salah seorang yang menjadi perhatian untuk mendapatkan bantuan IT di RSVP Singapura (RSVP) – sebuah pertubuhan tidak berorientasikan keuntungan yang mengendalikan kursus-kursus IT untuk warga emas – di mana beliau telah menjalankan kerja sukarelawan selama hampir 10 tahun. 

Beliau menyokong komuniti warga emas yang bersemangat untuk merapatkan jurang digital. 

Kerja sukarelawan Puan Ng dalam IT bermula dengan iklan di dalam surat khabar tentang "Silver Infocomm Day" pada tahun 2008 - satu inisiatif oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infokomunikasi Singapura, kini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokomunikasi (IMDA). 

Beliau membuat susulan tentang perkara ini dan mendaftar untuk kursus asas komputer yang pertama.

Pembimbing siber

RSVP ialah salah sebuah pusat pembelajaran IT mesra warga emas yang digelar "Silver Infocomm Junctions", di mana kursus-kursus dijalankan. 

Kursus tersebut sangat terkenal pada masa itu, beliau hampir tidak dapat masuk dari lobi lif, imbas Puan Ng. Namun kesesakan hari tersebut tidak mematahkan semangat beliau dan beliau meneruskan langkah mempelajari kemahiran baru melalui e-mel, Internet, suntingan foto dan bidang-bidang lain. 

Akhirnya, beliau diminta untuk tidak balik selepas kursus untuk memberikan bantuan sebagai pembantu pembimbing siber. 

"Persekitaran adalah menarik dan mereka memerlukan bantuan. Itulah pendorong saya membantu dalam latihan." 

Pada tahun 2012, Puan Ng telah dilantik sebagai salah seorang perintis kumpulan Duta Kesihatan Silver Infocomm IMDA, yang mengandungi warga emas berumur melebihi 50 tahun yang membantu warga emas lain dalam infokomunikasi.

Berkongsi pengalaman beliau

Umpama seorang gek siber sebenar, Puan Ng bukan sahaja mahir menggunakan perisian komputer, tetapi juga mahir dalam perkakasan – beliau boleh mengajar anda cara membuat komputer dari mula. 

Apabila peserta warga emas RSVP mula menerima alat elektronik terpakai daripada anak mereka, terdapat keperluan untuk bantuan penyelenggaraan. Puan Ng kemudiannya mempelajari kemahiran baik pulih dan penyelenggaraan komputer daripada pasukan teknikal RSVP. 

Sejak penubuhan program Keprihatinan IT Perak pada tahun 2013, beliau telah menggunakan kemahiran beliau untuk membantu warga emas dengan pengemasan komputer, termasuk diagnostik dan menukar bahagian perkakasan. 

Apabila beliau tidak membaiki komputer, Puan Ng boleh ditemui membantu pada kursus-kursus dan memberikan "pemulihan" kepada warga emas semasa sesi latihan mereka. Malah, menurut kakitangan sepenuh masa beliau menyatakan mereka melihat beliau hampir setiap hari bekerja di Pusat Pembelajaran Sukarelawan RSVP yang terletak di Bishan. 

Dari kalangan pelajar beliau, Puan Ng sangat berbangga dengan Pakcik Lim, yang beliau berjumpa tiga tahun lalu, teragak-agak dan tidak pasti di lobi RSVP. 

Hari ini, Pakcik Lim cekap dalam kemahiran komputer, daripada menggunakan Google Maps untuk arah berbasikal hingga melayari Internet untuk pembelian barang runcit. 

Di rumah, Puan Ng rapat dengan anak lelaki beliau yang berumur 25 tahun yang tanpa diketahui telah mendorong beliau untuk menyaingi kemahiran IT anak beliau. 

"Mengapa saya begitu pintar dalam pengetahuan komputer adalah kerana saya mahu bersaing dengan anak lelaki saya" ujar ibu yang bersemangat ini. 

"Saya berminat untuk belajar. Apabila saya melihat beliau melakukan sesuatu yang saya tidak tahu, saya akan datang ke sini (RSVP) dan belajar daripada mereka."

 

Menavigasi Kanak-kanak Melalui Ruang Siber

Tidak seperti kebanyakan rakan-rakan beliau, Elsie Poh yang berumur 16 tahun tidak dibenarkan membawa telefon bimbit beliau ke dalam bilik, mahu pun menggunakannya di meja makan atau di dalam kereta. 

Peraturan-peraturan ini yang ditetapkan oleh bapa beliau Poh Yeang Cherng, mungkin nampak tidak munasabah, tetapi terdapat sebab yang baik di sebalik ketegasan beliau. 

"Anak-anak saya tidak pernah menggunakan telefon sebelum mereka masuk tidur," ujar perunding kesihatan siber. "Saya menjamin mereka mendapat tidur tambahan sebanyak setengah jam pada setiap malam sejak empat tahun yang lalu." 

Amalan tersebut bertujuan untuk mempersiapkan diri tiga anak beliau untuk menggunakan Internet dengan bijak. Dan ia tidak terhad di rumah beliau kerana En. Poh menjadikannya misi untuk mendidik anak-anak di sekolah tentang kesihatan siber.

Memerangi berita palsu

Sebagai perunding utama dan pengasas bersama firma perundingan kesihatan siber iaitu Kingmaker Consultancy, En. Poh bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk menyampaikan kursus-kursus tentang kelakuan dan kesedaran dalam talian. 

Program-program ini tertumpu pada kesihatan siber dan celik media, yang mempunyai fokus besar pada memerangi kepalsuan dalam talian. 

"Ancaman terbesar hari ini adalah bahawa maklumat mudah didapati di Internet… Apa yang saya lihat, lebih-lebih lagi dalam tahun-tahun kebelakangan ini, adalah bahawa tanggapan (anak kita) dibentuk oleh apa yang ada dalam talian," jelas jejaka yang berumur 50 tahun ini. 

Oleh itu, bahagian besar pembelajaran ialah menunjukkan kepada anak-anak cara media boleh digunakan untuk memujuk mereka. Untuk menggambarkan perkara ini, En. Poh menayangkan sebuah video pendek kepada kelas beliau yang telah disiarkan dalam berita baru-baru ini – Wanita Pertama Poland tidak menghiraukan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump apabila dia mahu berjabat tangan. 

En. Poh kemudiannya mendedahkan video penuh tentang apa yang sebenarnya berlaku: isteri pembesar Poland itu mematuhi protokol untuk berjabat tangan dengan Wanita Pertama AS terlebih dahulu sebelum berjabat tangan dengan Ketua Negara.

"Anak-anak hairan dengan apa yang berlaku," ujar En. Poh. "Ini ialah celik media - apabila anda mengetahui tentang teknik pemujukan dan tahu cara untuk berhati-hati." 

Anak-anak kemudiannya diajar untuk melalukan semakan kredibiliti dengan membuat rujukan silang sumber berita lain.

Memperkasa kanak-kanak 

Kesihatan siber ialah istilah yang dicipta di Singapura untuk merujuk kesejahteraan positif para pengguna Internet. En. Poh ialah sebahagian daripada pasukan dalam program keselamatan Internet berasaskan komuniti yang merintis pergerakan kesihatan siber. 

"Pada zaman permulaan Internet, jalur lebar kediaman baru sahaja mula untuk meningkat. Semua orang rasa bimbang, menyatakan: 'Ia berbahaya. Jangan biarkan anak anda bersambung ke Internet'." 

Daripada melihat "penyelesaian yang sama sekali tidak membenarkannya", program tersebut menyaksikan kanak-kanak sebagai pengguna awal dan menumpukan pada mendidik mereka tentang cara melindungi diri mereka dalam talian. "Kami menyatakan bahawa terdapat perkara baik dan buruk di Internet. Jadi kami membuang yang buruk dan mengiktiraf perkara baik," ujar En. Poh. 

Kementerian Pendidikan mula meningkatkan usaha kesihatan siber di sekolah-sekolah pada tahun 2007, dan menjelang tahun 2014, mata pelajaran kesihatan siber telah menjadi bahagian kurikulum wajib di sekolah rendah dan menengah. 

Pada bulan Januari ini, institusi pengajian tinggi juga memperkenalkan mata pelajaran mengenai celik media bagi membantu pelajar memerangi berita palsu. Usaha tersebut sejajar dengan pelantikan Jawatankuasa Terpilih Kerajaan bagi mengatasi isu tersebut.


Pernahkah anda?

Pernahkah anda menjadi pakar siber dalam menggunakan Internet dan melindungi anak anda daripada pemangsa dalam talian? Baca senarai semak TD En. Poh untuk mengetahuinya:

♦ Pernahkah anda beringat apabila mengesan laman berita palsu?
♦ Pernahkah anda menggunakan laman web semakan fakta untuk perkara yang anda baca di internet? (En. Poh menggunakan snopes.com manakala pemerintah Singapura telah menyediakan www.gov.sg/factually)
♦ Pernahkah anda menyemak tetapan carian selamat Google untuk imej (ketat; sederhana; tiada tapisan) apabila anak anda melayari internet?
♦ Adakah anda mempunyai polisi di kediaman anda di mana telefon dilarang penggunaannya di kawasan-kawasan tertentu?
♦ Pernahkah anda membuat carian sendiri dan mengawal apa yang ditemui?
♦ Pernahkan anda menyemak profil Facebook anda di bawah tetapan awam?


Orang yang berdaya tahan

Menyanyi Melalui Perjuangan

Lihat pada Instagram Cik Jean Tan dan anda akan melihat seorang wanita muda mencipta muzik, melancong di seluruh dunia dan memanfaatkan sepenuhnya kehidupan beliau. 

Namun baca kapsyen beliau dengan teliti dan anda akan menemui kisah perjuangan yang tidak kelihatan pada grid gambar yang cantik itu. 

Dilahirkan dengan lelangit dan bibir rekah, Cik Tan terpaksa menjalani enam pembedahan semasa beliau sedang membesar. Pembedahan pertama, membaiki bibir beliau, adalah semasa beliau berumur tiga bulan. Pembedahan terakhir yang telah dilakukan semasa beliau berumur 18 tahun adalah untuk membaiki gusi beliau yang terkakis oleh skru di dalam mulut beliau. 

Apabila beliau mencapai umur 24 tahun, beliau ingat bahawa beliau bersedia untuk memulakan lembaran baru dalam kehidupan beliau. 

Pembedahan telah berakhir, beliau baru sahaja menamatkan pengajian di universiti dan bersedia untuk mula bekerja. Namun begitu, pada waktu itulah beliau disahkan menghidap penyakit buah pinggang. 

" Ia datang dengan penuh emosi, dari ketidakpercayaan dan penolakan terhadap kemarahan dan kesedihan," ujar gadis yang berumur 32 tahun itu. Ia juga menyentap keupayaan beliau untuk meneruskan kerja, muzik dan gaya hidup beliau.

Melihat warna

Semasa pengulangan beliau yang paling teruk pada tahun 2013, Cik Tan bertambah berat air sebanyak 20kg, menyebabkan perut dan usus membengkak. Beliau telah muntah sehingga tiga kali sehari dan walaupun mengambil diuretik dan ubat penahan, muntah tidak berhenti-henti. 

Selain daripada itu, bengkak telah begitu banyak menjejaskan kaki beliau yang menyebabkan beliau tidak mampu berjalan lama. 

Beliau beransur-ansur bertatih: daripada duduk tegak, kepada berdiri selama 10 minit, kepada berdiri yang cukup lama untuk menyediakan hidangan. Semasa menikmati keseronokan mencuci dan menyanyai, Cik Tan perasan span mereka yang sedang beliau pegang. 

"Saya sangat bersyukur kerana saya boleh melihat warna... Ia adalah semasa perayaan Krismas dan atas beberapa sebab, mata saya terbuka dan segala-galanya sangat berwarna-warni - barang kodi, lampu dan span." 

Daripada pengalaman itu tercipta "Colours", satu angka optimistik dan menarik yang memperlihatkan masa yang sukar ia telah digubah. Runut tersebut akhirnya menjadi hit pertama Cik Tan – ia telah dipilih sebagai salah satu lagu yang dimainkan semasa Sukan SEA 2015 dan mencapai bilangan pendengar melebihi 30,000 pada perkhidmatan muzik digital iaitu Spotify.

Mencipta muzik

Pada bulan Oktober yang lalu, Cik Tan mengeluarkan rakaman main lanjutan komersial pertama beliau, atau EP, di bawah Umami Records. 

Digubah dan dihasilkan sepanjang dua tahun yang lalu, Hideaway adalah berdasarkan pengalaman beliau terkurung di rumah dan rasa terasing dari dunia luar. 

Ia semestinya mesej yang jelas kepada ramai orang apabila single pertama EP, "Crowns", telah melepasi 100,000 strim di Spotify dalam dua bulan pertama pelancarannya. 

Penyanyi -penggubah lagu, yang mana kerja harian adalah dalam sektor pendidikan, bersedia untuk mempromosi lagu beliau dalam persembahan yang akan datang dan akan mengeluarkan video muzik untuk runut tajuk beliau "Hideaway" dalam beberapa bulan yang akan datang. 

Dengan suara yang lancar dan hebat serta persembahan yang meyakinkan, sukar bagi seseorang itu mengesan Cik Tak seorang pesakit rekah. Beliau memberikan kepujian kepada ibu beliau atas perkara ini. 

Apabila Puan Png diberitahu oleh doktor bahawa Cik Tan berkemungkinan besar tidak dapat bertutur dengan jelas, beliau tidak mahu menerima kenyataan itu. 

Guru bahasa Cina ini membawa anak beliau menjalani terapi pertuturan pada usia muda dan melatih sendiri anak beliau. 

Puan Png tidak pernah jemu membetulkan anak dara beliau bila-bila mana suara beliau tidak jelas malah mencipta permainan, seperti meniup melalui straw, untuk melatih otot suara beliau. 

Berpisah dengan suami beliau semasa anak beliau masih kecil, Puan Png kekal menjadi suri teladan daya tahan kepada Cik Tan. "Emak saya adalah contoh di depan mata bagi kekuatan pada masa sukar," tegas beliau. 

Cik Tan juga mewarisi sikap "segala-galanya boleh dilakukan" daripada ibu beliau. "Orang biasanya bercakap tentang perkara yang tidak boleh dilakukan …namun saya akan sentiasa mencari jalan keluar daripada setiap situasi. Ibu sayalah yang membentuk perwatakan diri saya berhubung perkara ini."

 

Menyediakan Sokongan kepada Orang lain

Sesiapa yang biasa dengan lencana palang marah pada latar belakang putih akan memikirkan tentang pertolongan cemas – peruntukan penjagaan perubatan asas semasa kecemasan. Namun terlalu ramai mungkin mengetahui tentang Pertolongan Cemas Psikologi (PFA), iaitu memberikan sokongan emosi apabila seseorang dalam kekecewaan. 

Konsep itu telah diperkenalkan di sini oleh Palang Merah Singapura (SRC) pada bulan September 2016. Sejak pelancaran kursus PFA satu hari mereka, kira-kira 800 orang telah menerima latihan. 

"PFA bermula dengan mewujudkan hubungan insan dalam cara bukan mengganggu dan belas kasihan," jelas En. Muhamad Haikel Bin Mohamed, seorang jurulatih sokongan psikologi bebas di SRC. "Susulan itu, ia adalah tentang membenarkan individu meluahkan emosi dan kisah mereka, seterusnya memberikan bantuan praktikal sekiranya diperlukan."

Menjalinkan hubungan

PFA berpunca daripada keperluan untuk memberikan sokongan emosi yang tidak mencukupi dalam pertolongan cemas biasa (SFA), ujar En. Haikel. 

Walaupun pemuda yang berumur 30 tahun ini menyertai SRC pada tahun 2013 dan berhenti pada tahun 2016, beliau terus berkhidmat pada hujung minggu sebagai jurulatih sokongan psikologi dengan organisasi tersebut. 

Dalam usaha bantuan bencana, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan misi semasa tugas sepenuh masa beliau, En. Haikel menyedari bahawa bantuan penjagaan kesihatan yang diberikan kepada mangsa adalah tidak mencukupi. 

"Kami melakukan misi perubatan …namun kami juga boleh melihat bahawa kanak-kanak juga terjejas dari segi psikologi. Anda boleh melihat ketakutan, kekeliruan dan sedikit kejutan ." 

En. Haikel kemudiannya melantik anak-anak sebagai jurubahasa, melibatkan mereka dalam bentuk aktiviti psikososial. Interaksi insan ini membentuk asas PFA.

Pertolongan cemas untuk semua orang 

Sama dengan SFA, PFA adalah untuk sesiapa yang berhasrat untuk menjadi sukarelawan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. "Dalam kehidupan harian, kita sebenarnya boleh melakukan PFA. Anda tidak perlu menunggu bencana besar berlaku," tegas En. Haikel. 

"Walaupun pertolongan cemas dari segi teknikal untuk tujuan kecemasan atau krisis, sesebuah krisis itu boleh berlaku dengan cara berbeza untuk semua orang," tambah beliau. 

Sebagai contoh, ketinggalan bas mungkin dianggap sebuah krisis kepada seseorang yang bimbang menimbulkan kemarahan kepada bos mereka, tetapi mungkin perkara kecil kepada orang lain. 

Konsep asas melakukan bantuan emosi sedemikian boleh diringkaskan dalam langkah-langkah "A.S.A.P": Active (Aktif) mendengar; Staying (Kekal) rapat; Accepting (Menerima) perasaan dan Providing (Menyediakan) bantuan praktikal. 

"Ia mungkin nampak sangat mudah dan 'masuk akal', namun…segelintir orang akan rasa terlalu takut atau tidak tahu untuk memberikan respons," ujar beliau. 

Oleh itu, jurulatih sentiasa menggalakkan pelatih PFA beliau untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari, walaupun sekiranya mereka kurang keyakinan untuk menawarkan bantuan. 

En. Haikel percaya bahawa ia sepatutnya wajib untuk semua orang mengetahui tentang kedua-dua SFA dan PFA. 

"Jika setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang yang menerima latihan PFA, maka individu tersebut boleh menyokong keluarga mereka, malah jiran mereka, untuk menangani kekecewaan... Dalam erti kata lain, ia membina daya tahan komuniti." 

Walaupun PFA ialah kursus asas, SRC akan menawarkan Latihan Sokongan Psikososial berasaskan Komuniti yang lebih komprehensif selanjutnya tahun ini untuk menilai dan memperakui pelatih PFA.


Pernahkah anda?

Pernahkah anda memainkan peranan dalam membina daya tahan komuniti dan juga daya tahan diri sendiri? Mari kita lihat pada senarai semak TD En. Haikel untuk mengetahui jawapannya:

♦ Pernahkah anda menawarkan bantuan kepada orang tidak dikenali yang meminta bantuan?
♦ Pernahkah anda mendekati dan menenangkan seseorang yang sedang menangis?
♦ Adakah anda benar-benar mendengar seseorang dengan hati dan minda anda (dengan empati)?
♦ Boleh anda mengenali tanda-tanda seseorang yang sedang dalam kekecewaan?
♦ Tahukah anda sumber-sumber yang ada dalam komuniti anda untuk seseorang yang memerlukan sokongan psikologi?
♦ Adakah anda mengamalkan penjagaan diri dengan memastikan diri anda tidak kekurangan air dan mendapat tidur yang mencukupi untuk memastikan pemikiran yang positif?


Tags 2018-com
Suggested Reading
新加坡武装部队乐队向其先驱致敬
新加坡武装部队乐队向其先驱致敬
COMMUNITY
PANCARAGAM SAF MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA KUMPULAN PERINTIS
PANCARAGAM SAF MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA KUMPULAN PERINTIS
COMMUNITY
SAF Band pays tribute to its pioneers
SAF Band pays tribute to its pioneers
COMMUNITY
21-Dec-18

It was a musical extravaganza where the audience whooped and cheered after every segment and were constantly bobbing their heads and tapping their feet to the lively tunes.   From popular Coldplay pieces, to classic songs like "Hey Jude", to a moving rendition of the locally composed "City of Dreams", the Band entertained the crowd throughout the night.

新加坡武装部队中央铜乐队在日本博得称赞
新加坡武装部队中央铜乐队在日本博得称赞
COMMUNITY
PANCARAGAM SAF MENGKAGUMKAN DI JEPUN
PANCARAGAM SAF MENGKAGUMKAN DI JEPUN
COMMUNITY
SAF CENTRAL BAND WOWS IN JAPAN
SAF CENTRAL BAND WOWS IN JAPAN
COMMUNITY
21-Nov-18

They received the loudest cheers and applause from the 6,000-strong crowd. As the Singapore Armed Forces (SAF) Central Band enthralled the Japanese audience with their rousing tunes and smooth moves, there was no doubt that the spectators enjoyed every moment of the performance.

保护国家;为社区服务
保护国家;为社区服务
COMMUNITY
Protect the nation; serve the community
Protect the nation; serve the community
COMMUNITY
09-Oct-18

Beyond the duty to defend Singapore, soldiers also bear the responsibility to help the less fortunate in the community.

为数最多的新加坡武装部队国民服役人员家庭参加战备军协新加坡湾跑步大会兼陆军半程马拉松赛跑
为数最多的新加坡武装部队国民服役人员家庭参加战备军协新加坡湾跑步大会兼陆军半程马拉松赛跑
COMMUNITY
Largest number of SAF National Servicemen's families in SAFRA S'pore Bay Run and Army Half Marathon
Largest number of SAF National Servicemen's families in SAFRA S'pore Bay Run and Army Half Marathon
COMMUNITY
27-Aug-18

In the wee hours of 26 Aug, while many Singaporeans were still sound asleep, participants of the SAFRA Singapore Bay Run & Army Half Marathon 2018 (SSBR & AHM 2018) were already up and raring to go.